Wednesday, February 22, 2012

+ Business dan Bersabar +

Kabur dengan hala tuju dan terikat di takuk lama serta takut mengambil risiko, itu diantara mengapa kita melayu ini masih di katakan tidak begitu ramai menceburi bidang perniagaan..Mudah berpuas hati dengan apa yang ada...Lebih rela melihat kesenangan orang lain, namun jauh di sudut hati berkeinginan jadi seperti mereka.....

Mereka yang berjaya sudah merasai keperitan untuk berjaya, kebanyakan mereka sudah merasa jerih perit untuk mengecapi apa yang mereka kecapi sekarang, semuanya tak datang bergolek..semuanya tak datang begitu sahaja..segalanya perlukan usaha....Mereka yang berjaya hari ini adalah mereka yang berani menanggung risiko..dan kerana berani itu lah mereka berjaya..

Permulaan itu memang perit.. sangat susah! namun kita hendaklah sabar dan terus berusaha kerana segalanya tidak akan datang bergolek..bagi aku..aku menceburi bidang ini adalah semata-mata mahu mengubah hidup aku, kerana aku sentiasa di belenggu dengan masalah kewangan,serius! kamu pernah rasa seperti apa yang aku rasa? namun bila di fikirkan balik..sampai bila harus bersetuju dengan masalah yang di hadapi, perlu bagi kita ambil masalah itu sebagai suatu perkara yang membakar semangat kita..ambil peluang ini untuk ubah diri kita.

semangat yang kuat serta sokongan dari pemimpin serta orang terdekat kita pasti berjaya! percayalah! jangan sesekali berputus asa! INGAT!! bukan senang untuk kita mengecapi kejayaan, yang penting kita bulatkan azam dan berusaha! 

Ambil peluang ini..sampai bila mahu melihat orang lain berjaya, sedangkan kita juga mampu berjaya! mereka boleh! kenapa tidak kita?!  kita pasti boleh! jangan biarkan alasan menghantui kita yang kesudahan nya kita pasti tidak punyai apa...

Islam sendiri sangat menggalakkan aktiviti perniagaan. Banyak ayat dan hadis yang mengalakkan dan menyokong aktiviti perniagaan. Perniagaan juga dianggap sebagai punca rezeki yang paling banyak. Rasulullah SAW pernah bersabda dalam satu hadis bermaksud: “9/10 rezeki itu adalah datang daripada perniagaan.” (Hadis riwayat Tirmizi). Jadi mengapa kita si melayu yang beragama Islam ini lebih merelakan mereka yang berbangsa Cina memonopoli perniagaan itu sendiri, sedangkan kita sendiri sedar bahawa Rasulullah saw sendiri menekankan tentang perniagaan itu adalah punca rezeki sebenar. tetapi kita masih di takuk lama dan rela menjadi pemerhati kejayaan orang lain..

Bagi aku sesiapa yang menceburi bidang perniagaan ia adalah suatu pilihan yang sangat tepat! .. Sesiapa sahaja yang menceburi bidang ini hendaklah berusaha tanpa berhenti..risiko pasti ada, tapi dari situlah kita berusaha untuk lebih berjaya..percayalah! tanpa risiko kita pasti tidak bersungguh dan tidak berusaha! Hikmahnya pasti ada! Allah tahu segalanya...Allah sentiasa bersama dengan orang berusaha! Jangan dilupa Doa...

business ohhh business......


No comments: