Friday, January 7, 2011

+ Slumber +

Salam & Hi to everyone..
Sekarang aku tengah bermode nak menaip dan yang paling penting nya aku sangat2 bosan, makanya ini lah hasilnya pemerapuan bakal berlaku sebentar lagi, so kepada sesiapa yang membaca then rasa mual or bosan anda adalah di alu-alukan untuk "menekan icon X"..:D

This entry xde gambar coz' aku rase tiada gambar yang sesuai untuk aku jadikan sebagai sample kepada keadaan sebenar..:D
OK malam-malam cam gini mula lah aku start nak bercerita pengalaman aku berdepan dengan lelaki yang tiada perasaan, senang cerita (lelaki gatal)..

Cerita ni dah lame sebenarnya tapi aku still leh ingat sebijik-sebijik dalam pale aku macam mane aku di jadikan mangse kegatalan mereka2 yang tak bertanggungjawab..cerita yang bakal aku ceritakan ini adalah berdasarkan pengalaman aku dan bukan rekaan yea..ia adalah benar..:D

Aku ingat lagi masa aku aku berumur 9 tahun(darjah 3), aku dan beberapa kengkawan aku diarahkan untuk mengambil tuisyen matematik di rumah cikgu aku, memandangkan kami golongan yang lambat dan tidak pandai topik bahagi pada ketika itu, macam biasa setiap pagi aku dan kengkawan aku kesana, dan aku ingat lagi waktu tueh aku, farzilah dan aisyah..so cikgu aku tueh baik sangat2 nama dia Saiful Bahari, nak di jadikan cerita kawan kepada cikgu aku ni selalu datang ke rumah beliau, dan die masih bujang..Aku ingat lagi die selalu kacau aku n aisyah..alah biasalah org2 tua nie suka la kacau budak kecik kan, ok kalu setakat nak gurau aku xkisah tapi kalau dah sampai meraba tueh dah kira melampau kan!! dan aku adalah mangsanya.. Masa tueh aku baru berumur 9 tahun apalah yang aku taukan, yang aku tau hanya menangis2 dan menangis sebab aku terkejut! dan Alhamdulillah pada ketika itu Allah bagi aku kekuatan dengan berbekalkan pensil sebatang aku cucuk mata "lelaki" tueh, then aku terlepas..Time tueh aku takut sangat2 dengan die..yang aku bolehkan katakan dia sangat biadap dan sangat tak berhati perut sanggup buat macam tueh pada budak sekecik aku pada ketika itu..sob..sob..


Cerita kedua nie lebih kurang jugak, tapi berlaku masa aku berumur 19 tahun, dan kejadian tueh berlaku dalam bas dan aku nyaris2 diraba oleh lelaki yang langsung aku xtahu menahu identitinya, ceritanya bermula begini..time tueh nak balik umah, then aku naik bas dari termeloh ke bentong, dlm perjalanan ke bentong,  bas akan masuk ke bandar mentakab dan aku perasan lelaki yang pada mulanya betul2 duduk bahagian depan dekat dgn tangga bas pandang ke arah aku macam nak telan, masa tueh aku dah xsedap hati..tapi apalah yang aku boleh buat kan..then aku perasan lelaki td beralih tempat duduk dari tempat duduk depan ke tempat duduk belakang , tapi keadaan nya dia di belakang ku dan aku xpasti di belah mana dan kerusi mana, tak lama lepas tueh lelaki tueh dengan berani dan slumber nye datang dan duduk sebelah aku, ok fine! time tueh aku dah terketar2 dah...aku memang takut yang amat! takut! nak di jadikan cerita dalam bas time tueh memang xde orang maklum lah aku menaiki bas biasa bukan bas ekspress makanya org akan turun dan naik mengikut destinasi mereka,yaAllah lelaki tueh dengan berani nye menghimpit aku dan tangan die mase tueh dah kat pinggang aku, yaAllah time tueh aku takut2 sgt2 tapi mulut aku terkunci..masa tueh memang aku tak pandang muka die, aku takut!takut jadi kes pukau, aku tunduk kan muka sambil berishtifar dan tunduk aku bukan sekadar tunduk tapi betol2 tunduk sampai aku rasa aku dah nak mencium peha, cuba korang bayang kan, sakit nya pinggang aku xpayah nak cakap la kan..aku takut nak melawan coz, takut die mengganas sebab dalam bas xde orang..yaAllah time tueh Allah jelah tahu perasaan aku..
macam2 cara lelaki tueh buat nak bagi aku pandang muka die, die punya himpit xyah nak nak cakap la kan..memang die buat aku rasa cam nak bunuh die je time tueh, tapi apalah daya aku time tueh..memang aku takut sangat2!!!Benda tueh berlarutan sampai kat stesen bas bentong, dan yang paling xbleh bla lelaki tueh ada hati nak number phone aku, kurang ajar! perangai macam binatang ada hati lagi rupanya, ingatkan dah xde hati..bila aku tengok dah ramai org kat stesen bentong barulah aku menjerit..yaAllah Allah jelah tau perasaan aku macam mane..


Lelaki - Lelaki tolonglah hormatkan perempuan..Aku tahu bukan semua lelaki macam tueh, kejadian tueh xde lah membuatkan aku hilang kepercayaan seratus peratus kpd lelaki tetapi aku lebih kepada berhati-hati, lepas kejadiaan tueh aku pastikan aku m'naik bas dengan berteman..Allhamdulillah kejadian tueh sampai setakat tue saja..


Kalau ada hati nak berkenalan pun biarla cara yang betul jangan main paksa-paksa..aku suka bila lelaki tueh gentle, kalu korang berani just leave ur  phone number, dats it! contact tak contact belakang kira janji mencuba..jangan sesekali menunjukkan kegatalan anda.


Datang dengan cara yang sopan, macam sebelum nie ..masa aku sorang2 tg tggu train then xlame tueh sesorang lelaki datang ke arah aku bagi no phone, aku amik depan die after that buang la..


Sama jugak masa aku tengah main bowling, sorang mamat nie sanggup tunggu aku  semata-mata nak bagi number phone..xpe kalu cam tueh aku pon xkisah, aku pun rasa berbunga hati kan xde la aku terketar2 macam nak mati..janji dorang mencuba dgn cara yang baik dan hormat kita.. 


Yang penting hidup nie kene saling hormat menghormati..Jangan lah sesekali berani mengambil kesempatan kepada perempuan/wanita/gadis or even kanak-kanak perempuan..:(


Aku bukan sekadar nak bercerita tapi lebih kepada nak berkongsi pengalaman supaya kita kaum hawa nie lebih berhati-hati, kalu nak ikutkan aku ade lagi da few story pasal niey, tapi cukupla sekadar tueh, bila kamu berhadapan dengan keadaan yang menakutkan seperti ini, kamu pasti trauma macam mana aku hadapi..Kalau tidur pasti aku terjaga dan ketakutan coz' "lelaki2" yang pernah ganggu hidup aku datang dalam tidur..bende tueh berlarutan dalam seminggu lebih lepas tueh Alhamdulillah..dan aku berharap kejadian seperti nie xkan berlaku lagi..amin.. 






Thursday, January 6, 2011

+ Kerenah +

Memang manusia suka emo tak tentu pasal ek?
memang "mereka-mereka" yang tergolong dalam kelas ini boleh tune dorang punya perangai pada bila-bila masa ek??

baiklah TAHNIAH buat sekalian Mahluk yang berjaya merubah diri mereka serta - merta..
"TING !!" tiba-tiba berubah menjadi emo..haha..bagus kan mereka-mereka nie, tahniah sekali lagi..dorang cam xpernah fikir hati orang kan..pelik haku..adeyy, xpaham betoi..Entahlah might be dorang memang dari azali macam tue kan..

Mentang-mentang lah aku nie jenis yang xreti nak marah, sesuka hati je "mereka-mereka" nie nak beremosi tanpa sebab depan haku..mengapakah????Boleh tak kalau rasa MARAH tueh tahan sikit n jangan lepas kan kat orang yang tak bersalah..

Bawak-bawak lah berubah yea "mereka-mereka"..

Monday, January 3, 2011

+ EyeLiner +

Salam..
Hari  nie aku semangat nak bercerita pasal eye liner..

Eyeliner yang aku pakai sekarang eye liner dari mekah, nenek belikan..dan aku sangat suka..
Kajal Eyeliner aku rasa ramai yang familiar dengan nya, sangat best tau bila pakai nya, senang! dan yang pastinya ianya boleh menghasilkan mata yang lebih galak dan cantik..:D
Kajal eye liner..

**1..Hasil Kajal eyeliner

**2..Hasil Kajal eyeliner

**3..Hasil Kajal eyeliner


**4..Without Kajal eyeliner

2'nd Kajal

+ Manis Berjubah +

Salam..
Jubah cantikkan??
Aku suka tengok orang pakai jubah cantik n nampak sopan sangat-sangat, and mereka-mereka lah inspired aku untuk memakai jubah..Dan aku sangat-sangat gumbira bila my cinta hati iaitu NURUL IMAN (cousin), menghadiah kan aku 3 helai jubah ok..So “Kakak terima kasih banyak2..luv yaa..muah!!..kakak=nurul iman , panggilan untuk dia since kecik2 dulu.. ”

Nurul iman tau aku suka jubah, masa aku teman dia ngajar kelas fardhu ain, dia pakai jubah and aku pun pakai jubah, tapi jubah tueh jubah dia, aku pinjam.time pakai jubah tueh aku excited sangat coz cam gembira la dapat pakai jubah .eceh ceh sebelum nie mana ada aku pakai jubah pun, nenek bagi jubah pun aku xpernah pakai coz singkat yang amat..aku ada satu jubah jek, jubah warna putih tue pun nenek belikan kat Mekah..
Agak nya bila tengok aku stok nak melompat masa pakai jubah..aku nie ada masa terover sikit..so tue kira dah stok terover la kan..bila pakai jubah stok nak senyum jek, sebab tueh la kot dia hadiahkan aku jubah..bukan satu tapi 3 tau..hehhe..and yang paling aku suka satu jubah yang aku dapat tueh kain die jenis jeans lembut, memang selesa and cantik..aku suka sangat-sangat jubah tueh, cam comel sangat(bak kata nana)..dan yang lain jubah biasa dan ianya sangat selesa..btw thanks kakak..

Jubah cantik dan yang paling penting ianya menutup apa segala yang patut di tutup..Masing2 ada cara masing-masing untuk menutup aurat mereka terpulanglah kepada individu tapi biarlah kene pada cara yang betul..sekali sekala tukar angin jadi kan jubah pakaian yang menggantikan baju kurung elok jugak kan..

Jubah nie berkain jeans lembut..bagi aku sangat cantik dan yang paling penting sekali ianya sangat selesa..



2'nd jubah..cantikkan..




+ New Year +

Salam..
Hi everyone..
Pejam celik pejam celik kita dah masuk ke tahun 2011..
Sangat cepat dan Alhamdulillah syukur nikmat..
Allah beri lagi kita kesempatan untuk menikmati kehidupan kita seperti biasa..
Alhamdulillah

Dan
Semestinya Tahun baru judulnya azam baru..

Dan
Semestinya Tahun baru bakal menjanjikan seribu satu peristiwa yang bakal menjadi irama dan isi kehidupan kita,   Harapan kita pastinya adalah yang terbaik dan terbaik..Aku gembira dengan tahun baru dan aku juga takut dengan tahun baru kerana kita bakal di sajikan dengan pelbagai peristiwa yang sudah pastinya menjadi Rahsia Yang Maha Pencipta..dan harapan aku tetap satu semoga segala nya yang baik-baik belaka, INSYAALLAH..

Dan
Semestinya Tahun baru aku menginginkan yang terbaik dalam hidup aku, Harapan aku semoga segala apa yang aku kerjakan berjaya hingga keakhirnya.insyaAllah..

Dan
Semestinya Tahun baru  ini bakal menjadi tahun akhir aku bergelar sebagai pelajar, yes!!aku sangat gembira kerana mengalas status "pelajar" bagi aku sangat-sangat lah membebankan aku.."sangat-sangat"..tapi tue lah nama pun manusia kan, apalah agaknya yang akan membuatkan kita-kita ini betul-betul senyum kepuasan dengan penuh rasa sukacita tanpa ada runggutan..fikir-fikirkan lah..aku tau bila aku habis belajar nanti aku mesti gila nak belajar balik, coz student's life kata "mereka-mereka" adalah yang paling seronok..???:D

Dan
Akhir sekali, Aku mahu menjadi yang terbaik antara yang terbaik, dan apa yang aku harapkan adalah supaya Allah kurniakan aku dengan umur yang panjang supaya aku boleh menjadi manusia yang berguna suatu hari nanti untuk keluarga, masyarakat dan Agama..insyaAllah..
..Semoga buku ini menjadi pencetus supaya aku berupaya menjadi sebenar-sebenarnya wanita.. 


Tuesday, December 21, 2010

++ Rush++

Salam..
Hari nie sangat2 la penatnye, nak citer pon xlarat ok..
tapi terasa rajin nak bercerita plak kan..

Hari nie 21/12 ada appoinment dgn ustaz tarmizi dari Takaful ikhlas
kene interview Beliau, semuanya berkaitan dgn aku nyer Final Year Projek(FYP)..

After that aku terkejar2 naik bas balik s'alam nak kemas kain baju nak balik Pahang..2 kali tukar bas utk sampai ke rumah sewa(SEKSYEn 7)..siap kemas baju balik semula ke kl, cam biasa naik bas la kan, ..then pergi umah my sis kutip brg2(kain baju, buku2 n lappy) aku yg di tinggalkan di situ, after that pergi ofis my sis hantar kunci rumah, then pergi ke Perkeliling utk naik bas ke Pahang..semua nya aku naik public transpot..bunyi macam senang, tapi Allah je la yang tau kepenatan yang aku rasa cam mane'n..sigh!

Kalu la public transpot nie jenis yang memberi pulangan dgn tambang yang kita bayar memang dah lame aku kaya, kre cam kite invest kat dorang la kan..hahaha:D(SANGAT MENCARUT DAN MENGARUT)..

Yang buat aku terkejar2 nak balik pahang bukan apa.. aku kene tolong mak jaga my bro coz beliau ada operation..mudah2'n segala nya berjalan dgn lancar ..AMIN..kesian kat mak..sob,sob...sabar yea mak..





Friday, November 19, 2010

+STRESS+

Salam..
huuu..aku baru perasan aku tak bercerita langsung pasal exam hari tueh kat blog aku nie..meh aku usik sikit meh pasal exam hari tueh..ok..ketar  satu badan aku bila aku fikir pasal exam lepas..huuhh..ade 4 paper tapi 1 paper je yang aku agak confident..agak je ekk, not pretty sure to say that i am confident with that papers..huuhh.. aku sekarang nie stok menjadi manusia yang berserah dan berdebar menanti keputusan peperiksaan..yaAllah cuak seyyhh..

Mane tak nye kan aku ade four papers for final tapi 1 je yang agak leh buat..adusss..stress!!! yang 3 lagi tueh..MasyaAllah..Allah je la tau cam ne aku menjawab nye..Sambil aku menjawab aku terfikir macam mana la keadaan aku nak tengok result nanti..coz' aku tau aku punye result sure hampeyyh! Adoi..i am not ready yet to sit on the same paper..ok! aku tau ayat tue xsesuai..sebenarnye aku xnak jadi repeaters..adoi penat la kene ulang benda yang sama..penat!penat!..sedihnye la..

Aku tau aku silap..aku admit aku malas..aku tau menjadi manusia yang berkeyakinan tinggi pada saat akhir sangat2 bahaya, tapi aku xamik pusing semua tueh, aku pk aku cukup hebat untuk handle perkara di saat akhir(last minute).."Nah!! sekarang ko terima penangan nye bada!terima!amik kau!"Ok aku seorang manusia yang suka bekerja di saat-saat akhir walaupun aku tau kekurangan aku..tapi kemalasan tueh lebih hebat dari kelemahan yang aku ada..MALAS tueh sangat HEBAT sehingga mampu membuat aku tak kisah sangat pasal exam..Selama aku exam ade satu hari je yang aku tidur malam tueh pon 2 jam..yang lain tueh aku xtido direct sampai pagi then  pagi tueh tue terus bersiap pergi exam..jawab exam sambil terlelap..Otak toksah cakap la kan tintong cam ne..Nah! terima padah nya..aku takut!mati la kau kalau kene repeat!habis la study plan aku..habis hancus punah! Ok next sem aku janji aku xbuat dah!aku janji+janji+janji+janji..;(