Salam..
Hi everyone..
Pejam celik pejam celik kita dah masuk ke tahun 2011..
Sangat cepat dan Alhamdulillah syukur nikmat..
Allah beri lagi kita kesempatan untuk menikmati kehidupan kita seperti biasa..
Alhamdulillah
Dan
Semestinya Tahun baru judulnya azam baru..
Dan
Semestinya Tahun baru bakal menjanjikan seribu satu peristiwa yang bakal menjadi irama dan isi kehidupan kita, Harapan kita pastinya adalah yang terbaik dan terbaik..Aku gembira dengan tahun baru dan aku juga takut dengan tahun baru kerana kita bakal di sajikan dengan pelbagai peristiwa yang sudah pastinya menjadi Rahsia Yang Maha Pencipta..dan harapan aku tetap satu semoga segala nya yang baik-baik belaka, INSYAALLAH..
Dan
Semestinya Tahun baru aku menginginkan yang terbaik dalam hidup aku, Harapan aku semoga segala apa yang aku kerjakan berjaya hingga keakhirnya.insyaAllah..
Dan
Semestinya Tahun baru ini bakal menjadi tahun akhir aku bergelar sebagai pelajar, yes!!aku sangat gembira kerana mengalas status "pelajar" bagi aku sangat-sangat lah membebankan aku.."sangat-sangat"..tapi tue lah nama pun manusia kan, apalah agaknya yang akan membuatkan kita-kita ini betul-betul senyum kepuasan dengan penuh rasa sukacita tanpa ada runggutan..fikir-fikirkan lah..aku tau bila aku habis belajar nanti aku mesti gila nak belajar balik, coz student's life kata "mereka-mereka" adalah yang paling seronok..???:D
Dan
Akhir sekali, Aku mahu menjadi yang terbaik antara yang terbaik, dan apa yang aku harapkan adalah supaya Allah kurniakan aku dengan umur yang panjang supaya aku boleh menjadi manusia yang berguna suatu hari nanti untuk keluarga, masyarakat dan Agama..insyaAllah..
..Semoga buku ini menjadi pencetus supaya aku berupaya menjadi sebenar-sebenarnya wanita.. |
No comments:
Post a Comment