Kau jenis yang silent handphone tak? kalau dalam bahasa melayu, macam mak aku selalu cakap, talipon tuh mood diam..Diam kan talipon kau, pas tuh kau letak jauh-jauh.. pas tuh kau xyah pakai handphone la kalau macam tuh! Dah la handphone kau silent pas tuh kau letak handphone kau beribu cm dari kau. memang bijak! 100 sms masuk kau xsedar..Kalau ada hal penting camne? xke susah. ok.
Aku jenis yang handphone nak kasi mood diam sokmo, kononnya aku ni berjiwa murni, tak nak lah mengganggu rakan sekeliling.skema kau! memang selalu bebudak nih komplen dok kato aku susah nak balas msg. bukan susah,.no.no.no. aku xde la kedekut sangat sampai kredit hp pun aku nak jimat, tapi aku doq' sedoq' sms masuk, bak kata omputih, "message received".. Sumpah aku xsedar! tak sengaja la kau. sori eh?
Lepas tuh, bila sedar sms belambak-lambak, mula mengelupor! tukar mood hp dari silent kpd xsilent! then baru balas sms..mengelupor.mengelupor! bila nak berubah..Tapi ada time tuh aku silent hp, ok jek, msg xde , kol apa tah lagik mmg xde lah. Situasi itu kamu sangat selamat!
Tapi.....Bila time aku xsilent hanphone dan mood nenek aku pun datang, dan-dan la bila aku kat event ke, or kat ofis ke handphone aku bunyi mengempor kan suasana! syabas! TERKEJUT! sesuai dgn tajuk. mula lah aku mengelupor! pulak tuh ringging level tak main lah yang sikit-sikit nih, nak yang satu ofis boleh dengar ada orang kol aku! syabas....
So..kau alert la dgn keadaan..mana nak kene silent mana xyah..:) mood aku bosan sbenarnya.
Wednesday, February 1, 2012
+ Kemeja +
Mana nak cari kemeja labuh yang cover semua, dari dada sampai la ke buntut.. Aku pernah jumpa yang jual online nih, tapi mahai sangat.. Tak mampu! Aku nak yang murah jek, lepas tueh boleh nego! kat mane eh? Aku tak kisah pun pasai brand-brand nih, kalau ada ayam brand jual baju pun aku beli..Asai cantik aku angkat! janji cantik aku dah cukup suka..**wink.
Sebenarnya aku ada satu kemeja yang cover almost kesemua badan aku dari atas sampai ke bawah lutut..Cantik sangat! I loike! Kalau kau tengok mesti kau rasa nak pinjam..Tak pun kau ngecet kat aku kau nak tau lokasi pembelian, kan? Kemeja yang aku beli ni, Dah la murah! Aku beli siap boleh nego lagik..Jadi aku bercita-cita nak menambah koleksi kemeja labuh aku..
Aku dah usya tempat baju-baju korea, kau tau tak dekat mana? Tempat tuh banyak sangat chinese berniaga dan kalau kau pergi sana kau rasa macam dekat CHINA. OK! tipu jek tak rasa pun macam dekat China tapi kau cuma akan rasa kau di kerumuni dengan segala peringkat umur chinese di sana. Kau tau kat mana? ok! tempat yg aku maksudkan ialah sungai Wang. Aku suka tengok baju kat situ, tapi kebanyakan baju yang aku suka mesti singkat dengan aku. Aku tinggi barangkali..
Kat bawah ni kemeja yang aku beli dengan harga 45 ringgit. murahkan! aku beli siap nego lagik, harga asal 56, banyak tuh lari..kau tolak sendiri berapa beza, aku malas..Thanks kpd makcik tukang jual, sebab baik hati! Aku beli dekat Amcorb Mall..Kalau kau nak jumpa misz nina kau pergi la sana, sebab kat sana ada vocal school hak mak dia..Jom! Ok mana yang tak tau lokasi Amcorb mall tuh, meh sini aku bagitau.

Amcorb mall nih dekat PJ, is located just opposite to Taman Jaya LRT station, so kalau nak pergi dengan LRT just turun kat Taman Jaya Station then boleh terus ke Amcorb, then kalau drive tuh aku xberapa nak sure sangat sebab xpenah drive ke sana, haha! tapi kalau dari Federal Highway tuh boleh nampak la Amcorb nih, memang betul-betul tepi jalan jek amcorb nih, aku suka ke sana bila sabtu ahad, sebab kat sana ade Amcorp Mall's Weekend Flea Market..kalau nak tau lebih nanti aku cerita lagik k..Dorang akan bukak booth dekat mana saja ruang yang ada, mmg crowded! penuh dengan booth-booth..tapi seronok sebab macam2 benda kita boleh jumpa dekat sana..Yang seronok time tuh la kita nak nego! :)
Kat Bawah nih gambar nak tumpang glamour aku, nih lah kemeja yang aku duk mention dari tadi..:P
Till then..
Bye!Tuesday, January 31, 2012
+ Melayang +
Pernah kau rasa kau melayang jauh? aku pernah!
Maksud aku melayang tuh, tak de la kau melayang-layang macam kertas sebab angin terbawak kau..
Jangan kau nak tipu aku, sebab aku tau kau xde la ringan sangat! walaupun kau kurus...
Aku pernah rasa fikiran aku melayang, memikirkan entah apa-apa yang aku pikir kan. Kalau kau suruh aku cerita apa yang aku layangkan pun aku tak terlayang kat kau, sebab aku tak tau. Kalau lah orang usya aku time tu mesti orang fikir aku seseorang yang bermasalah, memandang pada satu arah tanpa kerdipan.cewah!
Ala kau tau kan macam mana? Kau pandang ke suatu tempat tanpa berkelip2. Kalau orang tengok kau, orang kata kau mengelamun, tapi memang betol pun kau mengelamun kan? ke tak? Sebab mengelamun tuh la buat kau melayang-layang jauh...
Sungguh aku sekarang tengah melayang-layang, sebab tueh aku menaep bende yang buat kau pun terlayang-layang fikir apa yang tengah aku layangkan kat kau..paham tak?
ohh! aku melayang..layang..layang..bawa ku terbang....
+ Kosong +
Kosong je aku rasa kerja kat sini.
Kosong je aku rasa bila yang aku suka aku tak dapat buat.
Kosong je aku rasa bila benda yang aku tak suka aku kene buat.
Kosong je aku rasa bila kerja ni buat tekanan dalam hidup aku.
Kosong je aku rasa bila aku diet tak jugak turun berat badan aku.
Kosong je aku rasa bila aku kene kerja 24 hours.
Kosong je aku rasa bila aku tak dapat simpan duit.
Kosong je aku rasa bila aku tak dapat mengkayakan orang tua aku.
Kosong je aku rasa bila aku tak dapat tukar kerja..
Kosong...Kosong dan Kosong.....
+ Pencuri muka +
Hati aku berbunga riang tat kala kau memanggil ku sayang..Ku berpegang pada janji mu wahai abang yang Kau Tak kan mendua kan diri ku.cinta ku yang satu, hanya kau lah di hati ku..bisik si kuskus dalam hatinya.
Kuskus memandang syiling dengan senyuman terkambing-kambing..
malam itu kuskus merasakan dunia ini miliknya, hanya muka buku menjadi saksi pertemuan si kuskus dan si teruna, kau dan aku berjanji setia..Muka buku dan handphone peneman setia, cinta alam maya ohhh indahnya.
Sehari tidak ku baca sms mu, hati ku mula menjadi tidak keruan..sehari tidak ku dengar suara mu abang, hati merasa kosong sepi dan layu.. Abang di manakah kamu..ohh..ohh..**sila bunyi seperti najwa latif
Walaupun kita tidak pernah berjumpa, ku titipkan gambar yang manis-manis di muka buku untuk menjadi tatapan mu wahai abang..
Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar pesanan suruh aku terima kamu
Hati ku rasa sesuatu...(**blushingggggg)
Cinta di Muka Buku
Kau tak rasa ke lagu ni macam lagu budak baca sifir, dataaaaa.......sahajo..**mmmmm
Begitu la gamoknya, si pencuri muka tuh rasa, bercinta main perasaan tapi kesian gila dekat si teruna yang kene tipu. Rupa-rupanya si kuskus tuh pencuri muka! Paham tak pencuri muka tuh apa? maksudnye die curi gambar-gambar kau buat harta! lepas tueh ngaku gambar kau tuh gambar die then upload banyak2 letak dalam account muka buku die, lepas tueh bila lelaki usya, die layan lama-lama jadilah cinta muka buku..paham?
Kalau kau layan pakai muka kau, aku tak de hal..tapi kau layan pakai muka aku! weiii muka aku tueh weiii! lepas tueh kau kapel dengan lelaki tueh pakai muka aku, weiiii tuh muka aku!!, apasal kau ngaku tueh muka kau? aku nak balik muka aku! tak pun kau delete acccount kau yang pakai muka aku, ohh! muka aku telah diperkotak katik kan..ohhh..ohhh.. sedihnya.
kenapa la kau curik gambar aku?lepas tueh kau buat harta, Boleh pulak kau bercinta dengan lelaki malang tuh, kesian lelaki malang tuh sebab dapat kau si pencuri muka. adoi mana muka kau?? wahai si pencuri muka, mana muka kau??..jangan la kau guna muka aku lagi weiii! tuh muka aku!
..pulang kan!!..sebelum aku jadi puntianak harun tak sundal malam.
P/s : aku telah menjadi mangsa si pencuri muka, die curi gambar aku dari akaun fb aku, lepas tuh die upload buat harta sendiri! siap berkapel-kapel lagik. stress tak kau?
Monday, January 30, 2012
+ Sewel sebab mengantuk +
Di suatu tengahari yang damai aku dan seorang rakan aku bernama pika telah pergi ke bangi, tujuan pemergian adalah kerana si pika mahu mengambil hartanya di situ, maka nya aku yang bergelar seeorang sahabat yang baik dan seeorang yang menyanyangi sahabatnya itu menemani la sahabatnya yang memerlukan teman di kala tengahari yang penuh syaitoooonnn bergayut di bibir mata. kau tak mengantuk ke tengahari buta? aku ngantok. serius! seorang sahabat yang baik ialah bersama-sama dengan sahabat nye ketika sahabat nya memerlukan teman, tidak kira bagaimana keadaan sekali pun tapi aku paling suka bila sahabat aku ajak aku menemani beliau makan, paling kureng pun dapat aku menyamah sekunyah dua..Terima kasih sahabat!
Ketika dalam pejalanan pulang, aku sangat mengantuk sepertinya seratus ribu syaitoon bergayut di mata menyuruh tidur, "Weii syaitan! aku nak teman sahabat aku drive la wei, kau pergi main jauh2, siot je!"..itu adalah ayat dalam hati aku..Baikkan aku sebagai sahabat, sanggup berkorban apa sahaja demi sahabat..tetapi kala aku berusaha melawan syaitoonnnn-syaitooonnn yang penuh bergayut di mata sambil tersenggok-senggok melawan mengantok yang super syaitoon tuh! ceyt! aku seperti mendengar ketawa-ketawa kecil di alam yang nyata, mmg nyata! aku telah di tertawakan oleh sahabat aku yang ketika itu juga sedang strugle melawan syaitoon di matanya. Kami sama-sama berusaha melawan mengantok. Ketika itu aku sudah kembali ke alam nyata. nice!
Setiba sahaja di rumah sewa, aku dan sahabat berlari-lari anak menuju ke katil, untuk menyelesaikan niat yang dari tadi terbantut-bantut. ceyt! Rasa sangat selesa apabila dapat melepaskan kepenatan di katil selepas berlawan dengan syaitoon ketika dalam perjalanan pulang, maka nya misi pun bermula..aku kembali di buai mimpi tiba-tiba ketika sedang enak di buai-buai aku sepertinya terganggu oleh suatu yang sepertinya mencucuk2 telinga aku..wahai bunyi terima kasih! makin lama makin kuat.kuat dan kuat sehingga la aku tersedar, tapi tahap ketersedaraan aku itu tidak mampu untuk membantu aku membuka kelopak mata, tahap keterupayaan adalah hanya sedikit sahaja mata di buka. kau penah rasa macam tuh? nyata syaitooonn memang suka mata aku hari tuh.eh? pada ketika itu otak aku menyatakan bunyi itu adalah bunyi alarm kereta sahabat ku, makanya dengan azam yang tinggi mahu menyambung tidur aku pun dengan yakin merangkak ke arah meja di sebelah katil mengambil kunci kereta sahabat ku(aku hanya mampu merangkak sahaja ketika itu) lalu aku memberi kunci itu kpd sahabat ku, dan sahabat ku dengan yakin nye dalam keadaan separa sedar menekan button hijau di kuncinya..Lalu kami sambung tidur walaupun alarm itu maseh berbunyi. Thanks kereta!
yang pelik nye aku yakin jek alarm kereta tueh milik kereta sahabat ku, sahabat ku pula mengiya kan sahaja perkara itu ketika kami berdua di kala separa sedar. Bila dah terbangun dari tidur mula lah kami berdua gelak ala2 puntianak yang tak berapa nak sundal malam. sumpah kelakar keadaan tueh, gaya kami desprate tidur macam dah 10 hari tak tidur sabau je lah. sampai skg memikior kete sape la sebenarnye yang berbunyi tuh, kerana kami menyewa di rumah flat makanya banyak la kereta di petak parkir.:P

+ Era Kata Kelakar +
Macam biasa siapa saje yang nak pegi keje mesti kepala pusing memikir bajo mende la nak di pakai, maklumla habis-habis cokia pon mesti la nak dipandang cantik, kurang-kurang pun kasi mamat sebelah pandang sampai tersungkur sebab cantik sangat. eh?
Pas tuh bila mamat sebelah usya jeling sampai juling kau pulak jadik tak keruan, sudah apahal? tadi beriyea sangat nak kasi meletop, sekarang bila orang pandang, kau pulak rasa termalu tercover sini sana, padahal mamat tuh bukan pandang kau pun, die pandang minah HOWT sebelah kau. ceyt!
Pagi tadi macam biasa gosok baju sambil dengar radio Era. Macam biasa mamat 3 ekor di radio Era buat kecoh pagi-pagi buta sampai spoil mood gosok baju aku jek, baru nak rajin gosok baju betoi-betoi terus gosokan menjadi sekadar yang termampu, malas eh?

Berbalik kepada tujuan asal penulisan ini, ayat kasi power..
Pagi tadi macam biasa gosok baju sambil dengar radio Era. Macam biasa mamat 3 ekor di radio Era buat kecoh pagi-pagi buta sampai spoil mood gosok baju aku jek, baru nak rajin gosok baju betoi-betoi terus gosokan menjadi sekadar yang termampu, malas eh?
Dalam rasa macam nak sepak si mamat 3 ekor dalam radio tueh pastuh bungkus letak dalam tong suh dok diam-diam, aku tersengih jugakla sengsorang sebab dengar sorang pemanggil tuh buat lawak bodoh, call punye call just nak cerita pasal terletak kucing dalam peti pastuh bila nak memasak bukak peti melompat seekor kucing yang tidak disedari keluar dari peti..Pas tuh 3 orang jejaka era yang kononnye nak jaga hati si pemanggil tadi pon gelak lah macam sakai.. kau tau tak aku sambil gosok baju tibe2 emo sengsorang sebab 3 mamat tuh gelak menyakitkan hati,.kau penah kene gituh? orang gelak kan kau pastuh kau rasa nak tumbuk muka die sampai tertanggal hidung, pastuh hidung orang tuh tuh kau amik gangtung buat keychain..
Grrr..geram je kan orang buat macam tuh, ceyt!
Subscribe to:
Posts (Atom)