Segala yang di lakukan bagai tiada makna..... Perkara yang sama bermain di benak fikiran, Sehingga terkadang menjadi mimpi - mimpi malam. Hebat penangan resah itu sehingga menganggu keseluruhan emosi ku, apa saja yang di lakukan pastinya tidak kena. "Mengapa???" bisik hati kecilku..
Setiap masa perkara itu yang aku fikirkan, ianya tidak la sesukar mana, namun itu lah hakikatnya aku lebih suka merumitkan dengan memikirkan nya sehingga terkadang mengalir mutiara putih mengalir membasahi pipi...:'(
Aku sedar dan semestinya aku sangat pasti Allah tidak akan menguji hambaNya jika hambaNya tidak mampu menghadapinya, tapi itula..Aku manusia sesungguhnya aku tau, tapi hati hitam ini lebih suka mengeluh, sehingga keluh kesah itu menjadi peneman hidup aku kala ini..Dilema yang aku rasai ini tiada siapa yang tau......tiada siapa...simpan dan aku simpannnn sahaja, "biarla ia berlalu begitu sahaja" bisik hati ku..InsyaAllah suatu hari nanti pasti lebih baik..
Dilema ini menjadi lebih rumit kerana menurutku, diri ku sendiri yang merumitkan nya, yang pastinya aku sendiri yang tidak putus-putus merungut-rungut, Allah.....angkuhnya aku sehingga kekadang aku tidak sedar apa yang telah berlaku ini adalah rancangan Allah dan semestinya Allah tahu yang terbaik untuk aku..Aku sebagai hambanya perlu redha san sentiasa berdoa dan berusaha untuk memperbaiki diri.insyaAllah..
Bersyukurlah wahai Norba'adawiyah, Redha dan Ikhlaskan wahai badawiyah..sesungguhnya Allah maha Mengetahui yang terbaik untuk kamu..
Semoga dengan coretan ini dapat melegakan segala yang terbuku dihati, selain meminta dan mengadu dengan yang Maha Esa.....Allah segalanya...
No comments:
Post a Comment