Tuesday, March 15, 2011

+ Berbagai +

Assalammualaikum..

Aku teringat tadi pika berkata pada aku.."bada ko dah lama bercinta, tueh la bercinta lagi awal-awal"..yee aku tau tue, dan aku lebih dari tau bahawasanya lagi ramai manusia di luar sana yang menyulam cinta lebih jauh lama dari aku..tapi mereka semua tidak seperti aku, mereka lain, mudah bagi mereka untuk menjadikan percintaan mereka berjalan seperti yang dirancang dan tidak bagi aku, ianya sukar..kebanyakan mereka berfikiran lepas sahaja habis belajar adalah baik untuk mengikat percintaan mereka  dengan ikatan yang sah, yaa..memang ia adalah suatu pilihan yang bijak, tetapi bagaimana dengan empunya badan yang mana bagi aku mereka sendiri yang bakal melalui segala nya selepas membuat pilihan.

Jika aku di beri pilihan, semestinya aku memilih untuk berkahwin, yaaa..kerana aku adalah "family oriented", sejujurnya aku tidak sabar untuk berkahwin dan menjalani kehidupan sebagai seorang isteri kepada insan yang aku cintai,tapi..tapi..tapi..itu barangkali menjadi angan-angan aku yang bakal di bawa angin lalu yang mana adalah sukar bagi aku untuk melunas kan impian aku itu, kerana semestinya selain dari mengimpikan menjadi seorang isteri di mata suami, aku juga kepinggin untuk menikmati hidup bujang yang ber'title'n wanita berkerjaya..pelbagai perkara yang bermain di benak fikiran ku..aku juga merupakan seorang anak, anak kepada kedua ibu bapa ku yang banyak berjasa terhadap ku, sedangkan pasir di lautan tidak dapat menukarkan kudrat mereka yang telah mereka curahkan untuk memastikan kami hidup seperti orang lain, aku sedar, aku bukan dari keluarga senang, aku pernah merasa kesempitan hidup..mereka pernah?mereka xpernah..tapi aku, aku pernah merasa semua kepahitan tu..jadi seboleh-boleh nya aku mahu membalas jasa kedua ibu bapa ku..insyaAllah.

Aku kepinggin menjadi wanita beruniform seperti polis, yaa..itu impian aku..dan memandangkan sekarang aku undergraduate for information system engineering, semestinya aku mahu scroll/certificate yang bakal aku miliki nanti menjadi buah tanganku apabila aku melangkah ke alam pekerjaan, dan bagaimana dengan polis???Polis jika Allah beri kesempatan dan buka jalan bagi aku untuk ke arah itu, aku akan teruskan impian aku, dan insyaAllah dengan certificate yang aku ada, aku akan gunakan ia sebagai batu loncatan untuk aku menjadi "pegawai sistem maklumat" di bawah jabatan PDRM..insyaAllah..banyak yang aku nak lakukan jika aku berjaya menjawat unit beruniform itu, aku mahu bersukan semula, aku cintakan netball..yaa itu cinta aku, tapi dalam tempoh aku berlajar di universiti ianya seperti tiada kesempatan bagi aku untuk ke arah itu, dan mungkin ruang aku bukan di sini(universiti)..mungkin di unit ini, siapa tahu?barangkali....aminnn....

Banyak yang aku ingin kerjakan sebelum aku berkahwin..terlalu banyak, dan aku tidak menolak sekiranya jodoh datang dahulu..tetapi sebaik mungkin aku akan cuba menjadikan impian aku suatu kenyataan sekiranya aku berkesempatan..betul kata pika..aku bercinta dah terlalu lama, maka ia nya seperti memberitahu aku bahawasanya aku perlu mengakhirkan segala yang telah aku mula kan dengan jayanya..dan aku terfikir jika aku tak  bercinta sekarang pasti mudah bagi aku untuk melaksanakan impian aku..tapi ini semua Allah punya kerja, Dia Maha mengetahui segala, jodoh, pertemuan, ajal dan maut segalanya Dia yang tentukan..sekiranya ini jalan dan irama hidup aku, aku terima..dan sebolehnya aku akan pastikan perkahwinan bukan penghalang bagi aku untuk melunaskan segala impian aku selama ini.....




No comments: