Salam & Hi to everyone..
Sekarang aku tengah bermode nak menaip dan yang paling penting nya aku sangat2 bosan, makanya ini lah hasilnya pemerapuan bakal berlaku sebentar lagi, so kepada sesiapa yang membaca then rasa mual or bosan anda adalah di alu-alukan untuk "menekan icon X"..:D
This entry xde gambar coz' aku rase tiada gambar yang sesuai untuk aku jadikan sebagai sample kepada keadaan sebenar..:D
OK malam-malam cam gini mula lah aku start nak bercerita pengalaman aku berdepan dengan lelaki yang tiada perasaan, senang cerita (lelaki gatal)..
Cerita ni dah lame sebenarnya tapi aku still leh ingat sebijik-sebijik dalam pale aku macam mane aku di jadikan mangse kegatalan mereka2 yang tak bertanggungjawab..cerita yang bakal aku ceritakan ini adalah berdasarkan pengalaman aku dan bukan rekaan yea..ia adalah benar..:D
Aku ingat lagi masa aku aku berumur 9 tahun(darjah 3), aku dan beberapa kengkawan aku diarahkan untuk mengambil tuisyen matematik di rumah cikgu aku, memandangkan kami golongan yang lambat dan tidak pandai topik bahagi pada ketika itu, macam biasa setiap pagi aku dan kengkawan aku kesana, dan aku ingat lagi waktu tueh aku, farzilah dan aisyah..so cikgu aku tueh baik sangat2 nama dia Saiful Bahari, nak di jadikan cerita kawan kepada cikgu aku ni selalu datang ke rumah beliau, dan die masih bujang..Aku ingat lagi die selalu kacau aku n aisyah..alah biasalah org2 tua nie suka la kacau budak kecik kan, ok kalu setakat nak gurau aku xkisah tapi kalau dah sampai meraba tueh dah kira melampau kan!! dan aku adalah mangsanya.. Masa tueh aku baru berumur 9 tahun apalah yang aku taukan, yang aku tau hanya menangis2 dan menangis sebab aku terkejut! dan Alhamdulillah pada ketika itu Allah bagi aku kekuatan dengan berbekalkan pensil sebatang aku cucuk mata "lelaki" tueh, then aku terlepas..Time tueh aku takut sangat2 dengan die..yang aku bolehkan katakan dia sangat biadap dan sangat tak berhati perut sanggup buat macam tueh pada budak sekecik aku pada ketika itu..sob..sob..
Cerita kedua nie lebih kurang jugak, tapi berlaku masa aku berumur 19 tahun, dan kejadian tueh berlaku dalam bas dan aku nyaris2 diraba oleh lelaki yang langsung aku xtahu menahu identitinya, ceritanya bermula begini..time tueh nak balik umah, then aku naik bas dari termeloh ke bentong, dlm perjalanan ke bentong, bas akan masuk ke bandar mentakab dan aku perasan lelaki yang pada mulanya betul2 duduk bahagian depan dekat dgn tangga bas pandang ke arah aku macam nak telan, masa tueh aku dah xsedap hati..tapi apalah yang aku boleh buat kan..then aku perasan lelaki td beralih tempat duduk dari tempat duduk depan ke tempat duduk belakang , tapi keadaan nya dia di belakang ku dan aku xpasti di belah mana dan kerusi mana, tak lama lepas tueh lelaki tueh dengan berani dan slumber nye datang dan duduk sebelah aku, ok fine! time tueh aku dah terketar2 dah...aku memang takut yang amat! takut! nak di jadikan cerita dalam bas time tueh memang xde orang maklum lah aku menaiki bas biasa bukan bas ekspress makanya org akan turun dan naik mengikut destinasi mereka,yaAllah lelaki tueh dengan berani nye menghimpit aku dan tangan die mase tueh dah kat pinggang aku, yaAllah time tueh aku takut2 sgt2 tapi mulut aku terkunci..masa tueh memang aku tak pandang muka die, aku takut!takut jadi kes pukau, aku tunduk kan muka sambil berishtifar dan tunduk aku bukan sekadar tunduk tapi betol2 tunduk sampai aku rasa aku dah nak mencium peha, cuba korang bayang kan, sakit nya pinggang aku xpayah nak cakap la kan..aku takut nak melawan coz, takut die mengganas sebab dalam bas xde orang..yaAllah time tueh Allah jelah tahu perasaan aku..
macam2 cara lelaki tueh buat nak bagi aku pandang muka die, die punya himpit xyah nak nak cakap la kan..memang die buat aku rasa cam nak bunuh die je time tueh, tapi apalah daya aku time tueh..memang aku takut sangat2!!!Benda tueh berlarutan sampai kat stesen bas bentong, dan yang paling xbleh bla lelaki tueh ada hati nak number phone aku, kurang ajar! perangai macam binatang ada hati lagi rupanya, ingatkan dah xde hati..bila aku tengok dah ramai org kat stesen bentong barulah aku menjerit..yaAllah Allah jelah tau perasaan aku macam mane..
Lelaki - Lelaki tolonglah hormatkan perempuan..Aku tahu bukan semua lelaki macam tueh, kejadian tueh xde lah membuatkan aku hilang kepercayaan seratus peratus kpd lelaki tetapi aku lebih kepada berhati-hati, lepas kejadiaan tueh aku pastikan aku m'naik bas dengan berteman..Allhamdulillah kejadian tueh sampai setakat tue saja..
Kalau ada hati nak berkenalan pun biarla cara yang betul jangan main paksa-paksa..aku suka bila lelaki tueh gentle, kalu korang berani just leave ur phone number, dats it! contact tak contact belakang kira janji mencuba..jangan sesekali menunjukkan kegatalan anda.
Datang dengan cara yang sopan, macam sebelum nie ..masa aku sorang2 tg tggu train then xlame tueh sesorang lelaki datang ke arah aku bagi no phone, aku amik depan die after that buang la..
Sama jugak masa aku tengah main bowling, sorang mamat nie sanggup tunggu aku semata-mata nak bagi number phone..xpe kalu cam tueh aku pon xkisah, aku pun rasa berbunga hati kan xde la aku terketar2 macam nak mati..janji dorang mencuba dgn cara yang baik dan hormat kita..
Yang penting hidup nie kene saling hormat menghormati..Jangan lah sesekali berani mengambil kesempatan kepada perempuan/wanita/gadis or even kanak-kanak perempuan..:(
Aku bukan sekadar nak bercerita tapi lebih kepada nak berkongsi pengalaman supaya kita kaum hawa nie lebih berhati-hati, kalu nak ikutkan aku ade lagi da few story pasal niey, tapi cukupla sekadar tueh, bila kamu berhadapan dengan keadaan yang menakutkan seperti ini, kamu pasti trauma macam mana aku hadapi..Kalau tidur pasti aku terjaga dan ketakutan coz' "lelaki2" yang pernah ganggu hidup aku datang dalam tidur..bende tueh berlarutan dalam seminggu lebih lepas tueh Alhamdulillah..dan aku berharap kejadian seperti nie xkan berlaku lagi..amin..