Wednesday, July 6, 2011

+ T r a i n i n g +

Assalammualaikum....
Hi!!...
Fuhh..Skg sangat Rajin nak update Blog..Padahal Baju-baju kuasa dua menanti untuk di basuh nun dalam baldi..siapa rajin???sila basuh kan untuk haku di sini.. :)


Berbalik kepada cerita asal, Skg aku tgh Training for Software Testing..Harap2 ade lah rezeki untuk jadi Software Tester, my Trainner cool  giler weyhh, Boleh Tahan Kelakar die, Beliau kata beliau terel menari,hoho aku stok nak tengok die menari kalau dah macam Salman Khan mau menangis aku dalam kelas kan, Nun dari INDIA datang nye trainner aku tuh, kalau dah dari sana makanye die punye accent india tuh ade lagik, bila speaking org speaking then die punye india accent  tuh dicampurkan dan di sebati kan bersama english tadi makanya terhasil la "Engidia" hahaha! so aku yang mendengar nie sangat la mencabar nak mentraslate dah la english aku pon terbalik2 , so  x ke ko pon rasa macam nak tergolek plus mesti ko rasa ko nak tumbuk diri ko sendiri dok memaham kan ..Thanks anyway to my traineer kalu xde die xde la ilmu yang cool ni! :P

Aku struggle giler dalam kelas dok tangkap die punyer butir2 words, aku sangat Bagus dan sangat2 sudah insaf  for this trainning sebabnye aku sangat rajin dan tekun berusaha (** ayat mintak penampar satu)..Kata nak jadi SOFTWARE TESTER, Btw, This Program under HP..So dorang mahu melahirkan Software Tester yang beribawa, Maha wujud la Program ini, Maka Aku dengan hati terbuka menyertai Training nie utk menambah'n lagi value as a fresh grad, kata nak kerja so kene rerajin la sikitkan..:P

Dalam trainning kami di ajar segala jenis tools yang di gunakan utk menge'test' software to ensure the software's function very the very well and no bugs juga utk memastikan the software meets the user requirement, kalau nak tau lebih sila masuk ke bidang IT yang seronok ini(** seronok ke..).:P

..Now, routine dah x macam time study dulu, dulu sangat flexible, actually training pun "men-study-kan" diri..tapi die punya masa same as working hours, masuk 9.00am - 5.00pm..:)

Kat bawah nie pics mencapap sepanjang Training nie..;)






Baiklah, next time aku rajin, aku nulis lagik disini kok..:)
Bye!

Monday, June 27, 2011

+ Malas +

Salam..
Bila duduk rumah sangat la malas untuk keluar dan sebagai nya.. Aku duduk felda Tersang n Kalau aku keluar pun nak buat apa je kan..ape ade wey?
Dalam aku lepak2 kat rumah tueh aku mengharap la ade orang mengajak aku main netball ke ape ke..tapi Hqaram..hehe..:D



Malam ni aku kene kemas baju sepatutnye nak balik shah alam..tapi Sumpah!!Malas weii..ya Allah Malasnye la aku nie!Hodoh perangai..aku dah penat dah berpindah randah nie..adoi..:D


Malas lah nak Balik..Malas..Aku xpuas lagik lepak kat umah.sunguh pun bosan tapi aku malas nak balik Shah alam..sebab macam2 mana pun rumah la tempat yang paling seronok dalam dunia nie..mana2 ko pergi ko tetap nak umah ko jugakkan...hehe..:D


Okey..
Till thenn...Bye:D

Tuesday, May 31, 2011

+ Kisah Hati +

YaAllah...
Aku sedih yang teramat-amat sangat ketika ini, Tuhan saja yang tau perasaan aku..Allah..Allah..
Kenapalah aku tak berpeluang macam orang lain, kenapa???kenapa mudah bagi mereka tetapi tidak bagi aku..
Kenapa mudah perjalanan Mereka tetapi tidak untuk aku...kenapa?
Adakah Aku tak berhak??Apa lah dosa yang telah aku lakukan sampai aku xberpeluang dan sentiasa menghadapi keadaan begini..Aku sentiasa berdepan keadaan begini dan aku jua lah yang sendirinya memujuk diri..
Pahitnya untuk aku telan semua ini..Tapi apa kan daya semuanya di luar kemampuan aku..Aku redha, tapi aku tidak nafikan aku juga manusia biasa yang kalanya pasti tidak bisa membendung rasa kecewa dan kesedihan yang ada di dalam hati ini...Allah jua lah yang lebih mengetahui apa yang sedang aku lalui..
Kenapa aku tidak semudah orang lain..kenapa?Kenapa sukar untuk aku..kenapa?Kenapa?
YaAllah andai ini Takdir yang telah kau takdirkan untuk aku..Aku redha, dan pastinya aku yakin Kau Pasti menjanjikan sesuatu yang lebih manis buat aku...aminnnnnnnnnnn....

Aku nampak gembira tapi Dalam Hati ini Hanya Allah yang Maha Mengetahui..;(

Sunday, May 15, 2011

+ Bachelor Selamat Tinggal +

Salam..
pheww...sekarang tgh tggu result untuk Final Year Project..Cuak sangat2..harap2 sangat segala usaha aku selama nie membuahkan hasil dan menjadi  buah tangan aku sebagai bekalan aku sepanjang tempoh ini...

Gembira..ofcoz!!semua orang gembira nak meninggalkan hidup yang hectic selama tempoh bachelor nieyh..nak give up pon ade kan..tapi aku jadi kuat semuanya kerana kita sebagai manusia semestinya mempunyai harapan dan cita-cita...phewww..cakap nak beriya..haha..:D

Selamat tinggal Bachelor...




gambar2 nie di ambil dalam tampoh degree...

Thursday, April 14, 2011

+ Jiwa Melayang +

Terbaikkk!!!
syok tengah melayan lagu ziana zain..ok entri kali ni bosan gila, haha..tiba-tiba teringat ziana zain, terus layan u-tube bukak video2 klip die then nyanyi dengan felling nye..btw mmg aku minat dekat si mama hot nie,..Pilihan antara siti nurhaliza and ziana zain aku prefer ziana lagi..

Aku pernah terserempak dgn ziana zain kat giant shah alam, tapi apakan daya, mmg xde rezeki nak sapa die sebab die tgh on the phone time tueh, mmg putih mata aku..huhu..

ok bosan..terima kasih!!

Thursday, April 7, 2011

+ Gubahan ku +

Jiwang gila aku sekarang nie, aku suka lagu nie..bestt..

Ku tuliskan lagu ini
Ku persembahkan padamu
Walau pun tiada indah
Syair lagu yang ku gubah
Ku ingatkan kepadamu
Akan janjimu padaku
Hanyalah satu pintaku
Jangan kau lupakan daku
Walau apa yang terjadi
Tabahkan hatimu selalu
Jangan sampai kau tergoda
Mulut manis yang berbisa
Setahun kita berpisah
Serindu terasa sudah
Duhai Kasih pujaanku
Cintaku hanya padamu

Tuesday, March 15, 2011

+ Berbagai +

Assalammualaikum..

Aku teringat tadi pika berkata pada aku.."bada ko dah lama bercinta, tueh la bercinta lagi awal-awal"..yee aku tau tue, dan aku lebih dari tau bahawasanya lagi ramai manusia di luar sana yang menyulam cinta lebih jauh lama dari aku..tapi mereka semua tidak seperti aku, mereka lain, mudah bagi mereka untuk menjadikan percintaan mereka berjalan seperti yang dirancang dan tidak bagi aku, ianya sukar..kebanyakan mereka berfikiran lepas sahaja habis belajar adalah baik untuk mengikat percintaan mereka  dengan ikatan yang sah, yaa..memang ia adalah suatu pilihan yang bijak, tetapi bagaimana dengan empunya badan yang mana bagi aku mereka sendiri yang bakal melalui segala nya selepas membuat pilihan.

Jika aku di beri pilihan, semestinya aku memilih untuk berkahwin, yaaa..kerana aku adalah "family oriented", sejujurnya aku tidak sabar untuk berkahwin dan menjalani kehidupan sebagai seorang isteri kepada insan yang aku cintai,tapi..tapi..tapi..itu barangkali menjadi angan-angan aku yang bakal di bawa angin lalu yang mana adalah sukar bagi aku untuk melunas kan impian aku itu, kerana semestinya selain dari mengimpikan menjadi seorang isteri di mata suami, aku juga kepinggin untuk menikmati hidup bujang yang ber'title'n wanita berkerjaya..pelbagai perkara yang bermain di benak fikiran ku..aku juga merupakan seorang anak, anak kepada kedua ibu bapa ku yang banyak berjasa terhadap ku, sedangkan pasir di lautan tidak dapat menukarkan kudrat mereka yang telah mereka curahkan untuk memastikan kami hidup seperti orang lain, aku sedar, aku bukan dari keluarga senang, aku pernah merasa kesempitan hidup..mereka pernah?mereka xpernah..tapi aku, aku pernah merasa semua kepahitan tu..jadi seboleh-boleh nya aku mahu membalas jasa kedua ibu bapa ku..insyaAllah.

Aku kepinggin menjadi wanita beruniform seperti polis, yaa..itu impian aku..dan memandangkan sekarang aku undergraduate for information system engineering, semestinya aku mahu scroll/certificate yang bakal aku miliki nanti menjadi buah tanganku apabila aku melangkah ke alam pekerjaan, dan bagaimana dengan polis???Polis jika Allah beri kesempatan dan buka jalan bagi aku untuk ke arah itu, aku akan teruskan impian aku, dan insyaAllah dengan certificate yang aku ada, aku akan gunakan ia sebagai batu loncatan untuk aku menjadi "pegawai sistem maklumat" di bawah jabatan PDRM..insyaAllah..banyak yang aku nak lakukan jika aku berjaya menjawat unit beruniform itu, aku mahu bersukan semula, aku cintakan netball..yaa itu cinta aku, tapi dalam tempoh aku berlajar di universiti ianya seperti tiada kesempatan bagi aku untuk ke arah itu, dan mungkin ruang aku bukan di sini(universiti)..mungkin di unit ini, siapa tahu?barangkali....aminnn....

Banyak yang aku ingin kerjakan sebelum aku berkahwin..terlalu banyak, dan aku tidak menolak sekiranya jodoh datang dahulu..tetapi sebaik mungkin aku akan cuba menjadikan impian aku suatu kenyataan sekiranya aku berkesempatan..betul kata pika..aku bercinta dah terlalu lama, maka ia nya seperti memberitahu aku bahawasanya aku perlu mengakhirkan segala yang telah aku mula kan dengan jayanya..dan aku terfikir jika aku tak  bercinta sekarang pasti mudah bagi aku untuk melaksanakan impian aku..tapi ini semua Allah punya kerja, Dia Maha mengetahui segala, jodoh, pertemuan, ajal dan maut segalanya Dia yang tentukan..sekiranya ini jalan dan irama hidup aku, aku terima..dan sebolehnya aku akan pastikan perkahwinan bukan penghalang bagi aku untuk melunaskan segala impian aku selama ini.....




+ Not Much, Just a little +

Just now i've a great conversation wif my luvly couzie, woowww..im so happy for her coz' now she already being a wife for her husband!
We've talked a lot, our conversation on da phone almost 2 hours,  chitchating about her new life, and for me what else mumbling here and there la selain dengar dia bercerita kisah kebahagian dia selepas berkahwin..dan aku tak habis-habis aku komen pasal pergi ke kelatan sebab aku xde geng dalam bas..sangat la mengarut wei, sila tampar aku sekarang..
Seronok nye la dengar kisah kehidupan dia selepas berkahwin, nie yang buat rasa macam nak kahwin sekarang..tapi bagaimana??"bada sila berkeadaan logik mengikut masa okes!"..Mana dia chinta saya..?DIIOOOOORRRRRR...jom kahwin nak????hahaha..

Konon-konon desperate tapi sebenarnya ianya hanyalah lakunan semata-mata..tiada kaitan antara yang hidup ataupon yg dah tiada..<3

Sunday, March 13, 2011

+ Kelate +

Hari nie aku berkesempatan pergi ke negeri cik siti wan kembang, kembang ke? setelah 7 tahun tak kesana, last time pergi pon sebab wakil pahang main netball kat sane after that hgaram aku ke sana weyh,.Tadi pergi pun stok bukan melancong pon pergi pon sebab follow rombongan mak kiah bertandang ke belah pihak lelaki...uhhh fenat..tergesa-gesa weyh..sampai memang betoi2 azan subuh, then terusla ke masjid dan bersiap kat sana dgn jayanya..tapi yang rasa cam seronok sgt sebab pika pun memang ada kat kelate, aku sempat g umah pika dan makan makan makan..bosan kan entri kali nie sebab aku pon sendiri bosan..

Thursday, March 10, 2011

+ No Title +

Tak guna mengharap..now i seriously frustrated and regret what i've  done to myself, why i never keep my word?!..mmmmmmmmmmmm

Tuesday, February 15, 2011

+ Why Valentine???? Maulidurkan lebih bagus +

Salam...
entri hari nie rasa cam nak memberi pendapat dan kalau ada yang tak berminat sila pergi kepada Icon X di hujung sana dan klik..

Salam Maulidur Rasul..Kebetulan sangatkan semalam orang dok bising-bising pasai valentine's day dan hari nie hari kelahiran RASULULLAH, Aku tak tahulah kalau ada di kalangan kita memilih untuk menyambut valentine daripada maulidur rasul itu sendiri, Kalau valentine orang dok kecoh-kecoh beli kad, hadiah dan sebagainya, semuanya berlandaskan pada niat..kalau niat nya baik maka baik la outputnya kalau niatnya sebaliknya maka sebaliknya..Disini sangatlah sensitif isu ini, ada yg berpendapat sekadar suka2 dan sekadar memberi ucapan..yg penting we have back to basis, berdiri pada bumi yg nyata kita nie ISLAM jangan sampai terpesong aqidah sudahlah..masing2 ada pendapat masing-masing..

maulidur rasul sangat mudah pada waktu beginilah bagi aku muslimin muslimat dapat berkumpul dgn mengadakan perarakan dan berselawat ke atas junjungan besar kita Rasulullah saw, itu bagi organisasi2 spt sekolah2, n etc yg merayakan maulidur rasul tapi kita sebagai individu bagaimana pula cara kita untuk meraikan/menunjukkan kita menyambut maulidur Rasul dgn rasa suka cita, mudah saja perbanyakan lah selawat ke atas junjungan besar kita RASULULLAH dan keluarganya, nak katanya bukan lah time maulidur rasul jek kene berselawat, bila2 pon boleh kan dan lagi banyak sangat la bagus kan cuma nak katanya kita sebagai umat baginda yg melahirkan rasa kecintaan kita kepada baginda selain dari kita diturutti untuk mengikuti akhlak baginda dan sunah2 nya..itu saja yang kita boleh buat xkan nak bagi bunga kat orgkan, what for??? ingati lah baginda seperti mana baginda mengingati umatnya..MASYAALLAH.. 
MAULIDUR RASUL lebih bermakna, ISLAM itu sendiri adalah agama yg menekan kan kasih sayang antara sesama mahluk tak perlu kita menantikan valentine day kerana ianya hanyalah sebuah perayaan yg diraikan oleh org kristian utk menperingati Saint Valentine,   There is two version of Valentine..

version one yg di kaitkan dgn valentines - Di kaitkan dgn pesta kaum rom kuno sebelum kedtgngn agama kristian, pesta nie nama nya lupa salia diraikan pd 13-18 feb dan mereka menyembah dewi cinta, name nye JUNO FEBRUATA pd malam pesta ini nama2 gadis ROM akan di tulis pd sehelai kertas dan dimasukka kedalam bekas dn pemuda2 ROM akan mengambil kertas yg tertulis nama itu, dan mreka akn melihat nama wanita mana yg naik UTK MEMUASKAN NAFSU MREKA SELAMA SETAHUN..dari situ nampak ketidaksempurnaan nya..kenapa lah kita menyambutnya tanpa mengetahui sejarah dan latarnya..nauzubillah..

Version two - Valentine di kaitkan dgn memperingati paderi Saint Valentine yg dibunuh olh raja Romawi, Saint valentine telah menyebarkan agama kristian ketika itu ..Saint valentine nie di kaitkan dgn ikon kasih sayang sebab dia mengahwinkan ramai tentera ROM..that y mereka memperingati saint valentine.

MAULIDUR RASUL lebih bermakna - Sambut la hari kelahiran nabi dgn memperbanyak kan selawat ke atas baginda dan keluarga nya, ingati lah baginda kerana baginda terlalu menyangngi kita,Rasulullah sehingga pd saat kematiannya banginda menyebut UMATTI UMATTI yg bermaksud umatku umatku tapi kita sebagau umat baginda apa yg dah kita lakukan?? Fikirkan lah.. semoga kita mendapat syafaat dr Baginda kelak..INSYAAllah..~ amin..

Semangatkan aku, saje2 jek..wink~~


Sunday, February 13, 2011

+ Suprise!! for Suhaib's Birthday +

 i had a great time last night..so thanks to noor!!coz' inviting me for that event..Hugsss n kisses for you dear! <3, 
so semalam aku, noor, farah dan i got new friend..farhana/nemo..hi nemo!!..

Kami berempat prepared for the dish..
 most of the main dish prepared by our own..

- ayam bbq nor yg buat, 
-triffle/triffen how to spell it? nor yg buat jugak, 
-bihun nor n me yg buat, 
-coslow farah n nor yg buat, 
-the others beli jek..pizza dominos, red velvet cake, lamb chop, n etc..  

winnkkk~~~

So enjoy some of the pictures!!

the making of triffel 1

the making of triffel 2

its Done!!
Triffel kasih sayang
Bahan2 for bihun

nyummmmyyyyy!!! rasanye meletopssss!!
Layan 

hehe


Wanita lilin..



pic 1

pic2

mengerjakan triffel kasih sayang..
me n noor-1

Nor n Me -2 

Abaikan kehuduhan ku

Sibuk

Selekih

Mendengar

suhaib tiup lilin 

Shahrul yg tekun

membakar

Red Velevet cake 



Btw thanks to hafiz n Nemo for the pics..

=D



Friday, February 11, 2011

+ MUKA OR WAJAH OR WHAT EVER +

Stress sangat sekarang bila tengok kulit muka sendiri, tengok kulit muka orang lain cantik je flawless jek tapi muka aku masyaAllah dengan kusamnye, jerawa melata, parut jerawatnye..aduss stress tau, macam2 cuba tapi xbisa jugak so gimanak???? xreti n xtau dah nak buat ape dah dengan kulit muka sendiri..

kalau tengok gambar masa sekolah n masa umur 18 tahun muka OK jek, seriously xde masalah langsung, but this time..cuba korang mintak nak ape atas muka aku, mintak jek semua ade..jerawat, blackhead, kekusaman tueh xyah cakap la, jeragat dah sesikit mulai menguasai..stress x???

gambar masa lepas SPM..kulit muka time nieyh mmg xde ape2..

KULIT SEKARANG
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
=(
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
TENG!!!!

kulit muka skg!!jerawat dan kusam..stresssssss!!!
Stress!! malu tau terus rase cam xconfident sgt bila nak berdepan dengan org ramai..sob..sob..sob..sob..:(





Sunday, January 30, 2011

+ Calon +

Entri ni  aku ambil dari fb Muhammad Iqbal Al-abror . :D




Bismillahirrahmanirrahim..
Untuk calon suami dunia akhiratku
Asssalamu’alaikum warahmatullahi wabarokatuh

Duhai calon pemilik tulang rusukku, aku akan segera hadir dalam dinginnya malam dengan hangatnya jiwa. Ku tunggu hingga Ijab Kabul terucap dari lisanmu.
Aku akan menjaga dalam harumnya semerbak dalam jiwaku, menunggu hingga engkau menahkodai bahtera kita. Ku kan berhijab dengan sempurna dengan tak selalu mengikuti arah arus angin yang berhembus.

Duhai calon imam dalam sholatku, aku kan selalu hadir dalam cintamu kepada Allah, dengan sigap aku akan menghamparkan sajadah sebagai alas sujudmu, dengan hadirku sebagai makmum Insya Allah akan menyempurnakan sholat kita. Deru do’amu teiring “aamiin” dari lisanku.

Dalam hening malam bulir air mata tak henti ku teteskan bercahayakan munajat doa.

Duhai calon pemilik tangan gagah yang menolongku ketika aku terpuruk dan jatuh.. lindungi aku dalam perjalanan hidup kita, ketika engkau terluka kan kubalut dengan cinta jiwa yang merona, menyembuhkan segala perih dalam jiwamu.

Duhai calon pengusap air mataku, sungguh engkau takkan rela calon bidadarimu ini menangis, usaplah lembut pipi kemerah-merahan ini agar tak menangis, dan kan kuhaluskan telapak kakimu dengan mencucikannya ketika engkau pulang dari berjihad.

Duhai calon ayah dari para mujahi-mujahidah kita, aku sebagai madrasah pertama sebagai sumber ilmu dari anak anak kita, kan kutanammkan ilmu agama agar mujahidah kita takut akan Rabbnya, santun pada kedua orang tuannya, menghormati orang-orang yang lebih tua. Akhlakul karimah yang baik kan kusisipkan dalam prilakunya semenjak kecil.

Duhai calon nahkoda yang kan membawa keluargaku ke surga…
Mari kita hiasi rumah kita dengan cahaya cahaya iman…
Aku dalam diam sengaja tak menampakkan diri, agar engkau benar benar menemukanku dalam cahaya sujudmu
Aku tak banyak bicara karna aku takut ketika aku menyapa, engkau tepesona pada apa yang kuucap
Aku menunduk malu, tak berani menatap mata binar yang engkau miliki, karena aku takut dapat memudarkan imanku


Temukan aku wahai calon imam dalam sujudku…
Aku menunggu lisan ijab darimu.
muhammad iqbal al-abror

Monday, January 24, 2011

+ Kenangan +

You are the best thing that's ever been MINE!!
Sedih..Sedih..
Sedihkan bila apa yang pernah kita rancang tak menjadi..
Tapi hati tak boleh nak dipaksa..
i'm full of tear right now.
Only HE knows my feeling now..
wish everything will be fine very soon

:'(((((

Saturday, January 22, 2011

+ JANGAN LALAI DAN IA WAJIB!! +

Surah Al-Munaafiquun : Ayat : 9 Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu lalai (lengah) kerana harta benda dan anak-anakmu daripada mengingati Allah (sembahyang lima waktu). Barangsiapa memperbuat demikian itu, maka mereka orang yang rugi. Ayat : 11 Allah tiada akan memberi tempoh kepada seorang bila telah sampai ajalnya. Allah Maha Mengetahui tentang apa yang kamu kerjakan. 

Para Ulama' berpesan untuk kita jadikan pegangan JANGAN TINGGAL/LALAI BERSOLAT, ia adalah WAJIB:

Barangsiapa meninggalkan solat Maghrib , dosanya seperti berzina dengan ibunya sendiri bagi yang lelaki dan berzina dengan bapanya sendiri bagi yang perempuan! 

Jadi, apakah bezanya sumbang mahram dengan meninggalkan solat Maghrib?

Meninggalkan solat Isya' , maka Allah tidak redha ia hidup di bumi-Nya. 

Bermakna, setiap langkah kita tidak mendapat pelindunganNya di dunia ini. Dan lebih malang bila kita diazab di dunia yang lain nanti (akhirat). 

Meninggalkan solat Subuh akan disiksa selama 60 tahun (waktu akhirat) di dalam neraka. 

Perlu kita ingat bahawa azab yang paling ringan adalah sepertimana azab yang dikenakan kepada bapa saudara Rasulullah saw yang mana apabila dipakaikan kasut dari neraka maka mendidihlah sampai ke otaknya.Selama ini kita baru dapat bayangkan bagaimana air mendidih saja.....

Meninggalkan solat Zohor diibaratkan seperti meruntuhkan Ka'abah. Kalau begitu sepanjang hidup kita ini tak payahlah berangan-angan untuk menunaikan haji. 

Itu adalah suatu perkara yang amat mudah...

Satu kali meninggalkan solat Asar sama dosanya dengan membunuh 1000 orang Islam. 

Kat dunia ni bolehlah jadi sekutu Presiden Bush atau Obama, tak payahlah kutuk dia lagi kat dunia ni...Kita dengan dia (Bush / Obama) sama saja.

Rasulullah saw ada menyebut, tinggalkan solat adalah Kafir yang nyata. 

Yang benar itu adalah dari Allah swt dan yang kurang itu adalah dari kelemahan kita yang nyata.

+ Jadikan Amalan +

Tujuh kalimat 

Sabda Rasulullah S.A.W " Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut " 

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu. 

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu. 

3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.

4.. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini. 

6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah. 

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa 

Friday, January 21, 2011

+ Dilema +

Allah uji aku dengan perasaan dilema dan berbelah bagi dalam diri aku, Aku harap segala yang berlaku ada hikmah dan aku harap keputusan aku adalah yang terbaik.

Today is the day that hurt me the most :'(, seriously!Anything happened for a reasons,
"don't cry because its over but u have to smile 'bada' because its happened"..might be this is the best way and the right decision for you, it didn't happened for a reasons. Allah tau yang terbaik bada..serahkan segalanya pada DIA :D

'Bada with love'

Tuesday, January 11, 2011

+ Ketika Cinta +





Ada tiada rasa dalam jiwa
Rindu akan memanggil-Mu
Karna setiap jiwa t'lah bersumpah
Setia hanyalah kepada-Mu

Bila cinta ada di dalam jiwa
Wangi bunga dunia tanpa nestapa
Segala yang dirasa hanyalah Dia
Hati 'kan memuja hanya pada-Nya

Ketika cinta memanggil
Gemetar tubuhku
Ketika cinta memanggil
Hangatnya nafasku
Ketika cinta memanggil
Menderu sang rindu
Ketika cinta memanggil

Rindu... rindu... rindu qalbu
Memanggil-manggil nama-Mu
Seperti terbang di langit-Mu
Tenggelam di lautan cinta-Mu

Bertabur qalbu yang rindu
Melebur menjadi satu
Bagai menari diiringi pelangi
Ketika cinta memanggil






Friday, January 7, 2011

+ Slumber +

Salam & Hi to everyone..
Sekarang aku tengah bermode nak menaip dan yang paling penting nya aku sangat2 bosan, makanya ini lah hasilnya pemerapuan bakal berlaku sebentar lagi, so kepada sesiapa yang membaca then rasa mual or bosan anda adalah di alu-alukan untuk "menekan icon X"..:D

This entry xde gambar coz' aku rase tiada gambar yang sesuai untuk aku jadikan sebagai sample kepada keadaan sebenar..:D
OK malam-malam cam gini mula lah aku start nak bercerita pengalaman aku berdepan dengan lelaki yang tiada perasaan, senang cerita (lelaki gatal)..

Cerita ni dah lame sebenarnya tapi aku still leh ingat sebijik-sebijik dalam pale aku macam mane aku di jadikan mangse kegatalan mereka2 yang tak bertanggungjawab..cerita yang bakal aku ceritakan ini adalah berdasarkan pengalaman aku dan bukan rekaan yea..ia adalah benar..:D

Aku ingat lagi masa aku aku berumur 9 tahun(darjah 3), aku dan beberapa kengkawan aku diarahkan untuk mengambil tuisyen matematik di rumah cikgu aku, memandangkan kami golongan yang lambat dan tidak pandai topik bahagi pada ketika itu, macam biasa setiap pagi aku dan kengkawan aku kesana, dan aku ingat lagi waktu tueh aku, farzilah dan aisyah..so cikgu aku tueh baik sangat2 nama dia Saiful Bahari, nak di jadikan cerita kawan kepada cikgu aku ni selalu datang ke rumah beliau, dan die masih bujang..Aku ingat lagi die selalu kacau aku n aisyah..alah biasalah org2 tua nie suka la kacau budak kecik kan, ok kalu setakat nak gurau aku xkisah tapi kalau dah sampai meraba tueh dah kira melampau kan!! dan aku adalah mangsanya.. Masa tueh aku baru berumur 9 tahun apalah yang aku taukan, yang aku tau hanya menangis2 dan menangis sebab aku terkejut! dan Alhamdulillah pada ketika itu Allah bagi aku kekuatan dengan berbekalkan pensil sebatang aku cucuk mata "lelaki" tueh, then aku terlepas..Time tueh aku takut sangat2 dengan die..yang aku bolehkan katakan dia sangat biadap dan sangat tak berhati perut sanggup buat macam tueh pada budak sekecik aku pada ketika itu..sob..sob..


Cerita kedua nie lebih kurang jugak, tapi berlaku masa aku berumur 19 tahun, dan kejadian tueh berlaku dalam bas dan aku nyaris2 diraba oleh lelaki yang langsung aku xtahu menahu identitinya, ceritanya bermula begini..time tueh nak balik umah, then aku naik bas dari termeloh ke bentong, dlm perjalanan ke bentong,  bas akan masuk ke bandar mentakab dan aku perasan lelaki yang pada mulanya betul2 duduk bahagian depan dekat dgn tangga bas pandang ke arah aku macam nak telan, masa tueh aku dah xsedap hati..tapi apalah yang aku boleh buat kan..then aku perasan lelaki td beralih tempat duduk dari tempat duduk depan ke tempat duduk belakang , tapi keadaan nya dia di belakang ku dan aku xpasti di belah mana dan kerusi mana, tak lama lepas tueh lelaki tueh dengan berani dan slumber nye datang dan duduk sebelah aku, ok fine! time tueh aku dah terketar2 dah...aku memang takut yang amat! takut! nak di jadikan cerita dalam bas time tueh memang xde orang maklum lah aku menaiki bas biasa bukan bas ekspress makanya org akan turun dan naik mengikut destinasi mereka,yaAllah lelaki tueh dengan berani nye menghimpit aku dan tangan die mase tueh dah kat pinggang aku, yaAllah time tueh aku takut2 sgt2 tapi mulut aku terkunci..masa tueh memang aku tak pandang muka die, aku takut!takut jadi kes pukau, aku tunduk kan muka sambil berishtifar dan tunduk aku bukan sekadar tunduk tapi betol2 tunduk sampai aku rasa aku dah nak mencium peha, cuba korang bayang kan, sakit nya pinggang aku xpayah nak cakap la kan..aku takut nak melawan coz, takut die mengganas sebab dalam bas xde orang..yaAllah time tueh Allah jelah tahu perasaan aku..
macam2 cara lelaki tueh buat nak bagi aku pandang muka die, die punya himpit xyah nak nak cakap la kan..memang die buat aku rasa cam nak bunuh die je time tueh, tapi apalah daya aku time tueh..memang aku takut sangat2!!!Benda tueh berlarutan sampai kat stesen bas bentong, dan yang paling xbleh bla lelaki tueh ada hati nak number phone aku, kurang ajar! perangai macam binatang ada hati lagi rupanya, ingatkan dah xde hati..bila aku tengok dah ramai org kat stesen bentong barulah aku menjerit..yaAllah Allah jelah tau perasaan aku macam mane..


Lelaki - Lelaki tolonglah hormatkan perempuan..Aku tahu bukan semua lelaki macam tueh, kejadian tueh xde lah membuatkan aku hilang kepercayaan seratus peratus kpd lelaki tetapi aku lebih kepada berhati-hati, lepas kejadiaan tueh aku pastikan aku m'naik bas dengan berteman..Allhamdulillah kejadian tueh sampai setakat tue saja..


Kalau ada hati nak berkenalan pun biarla cara yang betul jangan main paksa-paksa..aku suka bila lelaki tueh gentle, kalu korang berani just leave ur  phone number, dats it! contact tak contact belakang kira janji mencuba..jangan sesekali menunjukkan kegatalan anda.


Datang dengan cara yang sopan, macam sebelum nie ..masa aku sorang2 tg tggu train then xlame tueh sesorang lelaki datang ke arah aku bagi no phone, aku amik depan die after that buang la..


Sama jugak masa aku tengah main bowling, sorang mamat nie sanggup tunggu aku  semata-mata nak bagi number phone..xpe kalu cam tueh aku pon xkisah, aku pun rasa berbunga hati kan xde la aku terketar2 macam nak mati..janji dorang mencuba dgn cara yang baik dan hormat kita.. 


Yang penting hidup nie kene saling hormat menghormati..Jangan lah sesekali berani mengambil kesempatan kepada perempuan/wanita/gadis or even kanak-kanak perempuan..:(


Aku bukan sekadar nak bercerita tapi lebih kepada nak berkongsi pengalaman supaya kita kaum hawa nie lebih berhati-hati, kalu nak ikutkan aku ade lagi da few story pasal niey, tapi cukupla sekadar tueh, bila kamu berhadapan dengan keadaan yang menakutkan seperti ini, kamu pasti trauma macam mana aku hadapi..Kalau tidur pasti aku terjaga dan ketakutan coz' "lelaki2" yang pernah ganggu hidup aku datang dalam tidur..bende tueh berlarutan dalam seminggu lebih lepas tueh Alhamdulillah..dan aku berharap kejadian seperti nie xkan berlaku lagi..amin.. 






Thursday, January 6, 2011

+ Kerenah +

Memang manusia suka emo tak tentu pasal ek?
memang "mereka-mereka" yang tergolong dalam kelas ini boleh tune dorang punya perangai pada bila-bila masa ek??

baiklah TAHNIAH buat sekalian Mahluk yang berjaya merubah diri mereka serta - merta..
"TING !!" tiba-tiba berubah menjadi emo..haha..bagus kan mereka-mereka nie, tahniah sekali lagi..dorang cam xpernah fikir hati orang kan..pelik haku..adeyy, xpaham betoi..Entahlah might be dorang memang dari azali macam tue kan..

Mentang-mentang lah aku nie jenis yang xreti nak marah, sesuka hati je "mereka-mereka" nie nak beremosi tanpa sebab depan haku..mengapakah????Boleh tak kalau rasa MARAH tueh tahan sikit n jangan lepas kan kat orang yang tak bersalah..

Bawak-bawak lah berubah yea "mereka-mereka"..

Monday, January 3, 2011

+ EyeLiner +

Salam..
Hari  nie aku semangat nak bercerita pasal eye liner..

Eyeliner yang aku pakai sekarang eye liner dari mekah, nenek belikan..dan aku sangat suka..
Kajal Eyeliner aku rasa ramai yang familiar dengan nya, sangat best tau bila pakai nya, senang! dan yang pastinya ianya boleh menghasilkan mata yang lebih galak dan cantik..:D
Kajal eye liner..

**1..Hasil Kajal eyeliner

**2..Hasil Kajal eyeliner

**3..Hasil Kajal eyeliner


**4..Without Kajal eyeliner

2'nd Kajal