Tuesday, December 21, 2010

++ Rush++

Salam..
Hari nie sangat2 la penatnye, nak citer pon xlarat ok..
tapi terasa rajin nak bercerita plak kan..

Hari nie 21/12 ada appoinment dgn ustaz tarmizi dari Takaful ikhlas
kene interview Beliau, semuanya berkaitan dgn aku nyer Final Year Projek(FYP)..

After that aku terkejar2 naik bas balik s'alam nak kemas kain baju nak balik Pahang..2 kali tukar bas utk sampai ke rumah sewa(SEKSYEn 7)..siap kemas baju balik semula ke kl, cam biasa naik bas la kan, ..then pergi umah my sis kutip brg2(kain baju, buku2 n lappy) aku yg di tinggalkan di situ, after that pergi ofis my sis hantar kunci rumah, then pergi ke Perkeliling utk naik bas ke Pahang..semua nya aku naik public transpot..bunyi macam senang, tapi Allah je la yang tau kepenatan yang aku rasa cam mane'n..sigh!

Kalu la public transpot nie jenis yang memberi pulangan dgn tambang yang kita bayar memang dah lame aku kaya, kre cam kite invest kat dorang la kan..hahaha:D(SANGAT MENCARUT DAN MENGARUT)..

Yang buat aku terkejar2 nak balik pahang bukan apa.. aku kene tolong mak jaga my bro coz beliau ada operation..mudah2'n segala nya berjalan dgn lancar ..AMIN..kesian kat mak..sob,sob...sabar yea mak..





Friday, November 19, 2010

+STRESS+

Salam..
huuu..aku baru perasan aku tak bercerita langsung pasal exam hari tueh kat blog aku nie..meh aku usik sikit meh pasal exam hari tueh..ok..ketar  satu badan aku bila aku fikir pasal exam lepas..huuhh..ade 4 paper tapi 1 paper je yang aku agak confident..agak je ekk, not pretty sure to say that i am confident with that papers..huuhh.. aku sekarang nie stok menjadi manusia yang berserah dan berdebar menanti keputusan peperiksaan..yaAllah cuak seyyhh..

Mane tak nye kan aku ade four papers for final tapi 1 je yang agak leh buat..adusss..stress!!! yang 3 lagi tueh..MasyaAllah..Allah je la tau cam ne aku menjawab nye..Sambil aku menjawab aku terfikir macam mana la keadaan aku nak tengok result nanti..coz' aku tau aku punye result sure hampeyyh! Adoi..i am not ready yet to sit on the same paper..ok! aku tau ayat tue xsesuai..sebenarnye aku xnak jadi repeaters..adoi penat la kene ulang benda yang sama..penat!penat!..sedihnye la..

Aku tau aku silap..aku admit aku malas..aku tau menjadi manusia yang berkeyakinan tinggi pada saat akhir sangat2 bahaya, tapi aku xamik pusing semua tueh, aku pk aku cukup hebat untuk handle perkara di saat akhir(last minute).."Nah!! sekarang ko terima penangan nye bada!terima!amik kau!"Ok aku seorang manusia yang suka bekerja di saat-saat akhir walaupun aku tau kekurangan aku..tapi kemalasan tueh lebih hebat dari kelemahan yang aku ada..MALAS tueh sangat HEBAT sehingga mampu membuat aku tak kisah sangat pasal exam..Selama aku exam ade satu hari je yang aku tidur malam tueh pon 2 jam..yang lain tueh aku xtido direct sampai pagi then  pagi tueh tue terus bersiap pergi exam..jawab exam sambil terlelap..Otak toksah cakap la kan tintong cam ne..Nah! terima padah nya..aku takut!mati la kau kalau kene repeat!habis la study plan aku..habis hancus punah! Ok next sem aku janji aku xbuat dah!aku janji+janji+janji+janji..;(




Thursday, November 18, 2010

+ QASEH +

saya rindukan nor Qaseh Qaisara..she is my niece..umurnye baru 2 tahun 9 bulan..but she is talkactive..die sangat pandai bercakap and she is a smart girl..suka menyanyi..uuhhh..aku sangat rindukan dia..


 ** Mate die bukan lebam ok..mate die ade eye shadow, nak sgt mekap kan..tp tueh die buat sendiri org nk padam kan die xmau..;D
** "kakak xnak bergambar..kata nye.."

Qaseh1..

Qaseh 2..

**Percaya x?die yang lukis ni..cantikan lukisan die...kate nyer ikan..
cantik bagi aku coz' budak 2 tahun yg lukis..my dear u make me proud!

** nie pon die yang lukis..orang katenye..ade rupe orangkan??..rambut tueh rambut kerinting..rambut die katanya, rambut diekan kerinting,.;) 

Die boleh menyanyi lagu yang die suka..and die sangat suka menulis..kalu nak beli'n sesuatu utk die jangan belikan permainan tapi belikan die buku-buku dan aku tau di situ kegembiraan die..;D..Kakak anjang luv u!





Saturday, November 13, 2010

+ Tinggalkan Cinta Kerana Allah +

Entri nie aku copy dari fb seseorang  " Ahlan Wasahlan سيتي فاطمه"..
Sama-samala kita fikir-fikirkan.

Aku tinggalkan cintaku kerana Allah…

Salam.. 
untuk semua.. Saya terkejut kerana cerita saya, walaupun tergantung,mendapat sambutan yang saya tidak sangka. Oleh kerana pada hari itu saya tergesa-gesa dalam menulisnya lantaran kelas yang menghambat, maka saya ambil keputusan untuk menulisnya kembali dari mula. Saya harap para pembaca yang sudi melihat tidakbosan dengan cerita saya.

Wahai teman-teman sekalian,

Kisah ini datang dari lubuk hati saya sendiri,apa yang saya rasa dan apa yang saya alami sendiri. Saya tidak bermaksud untuk mengeluh apatah lagi mengingkari apa yang telah Allah s.w.t tetapkan kepada saya dan kita semua orang yang beriman dengan-Nya. Kisah ini saya khabarkan agar apa yang saya lalui tidak berlalu begitu saja tanpa saya kongsi dan tanpa saya rekodkan sebagai panduan bagi diri saya sendiri untuk hari-hari kemudian.

Saya sama seperti orang lain, punya keinginan untuk menyayangi dan disayangi. Walau bagaimanapun, tidak mudah bagi saya untuk jatuh hati pada seorang wanita. Saya tidak mencari seorang wanita untuk dijadikan kekasih, tetapi saya mencari seorang teman pendamping hidup saya hingga ke akhir hayat saya. Seorang yang boleh mengingatkan saya kiranya saya terlupa, dan yang paling penting wanita yang amat saya percayai untuk mendidik anak-anak saya kelak dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti. Untuk itu, sejak di bangku sekolah lagi saya telah letakkan beberapa syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidup saya, dan dialah orangnya.

Dalam masa beberapa bulan saya belajar di sebuah pusat pengajian tinggi di Petaling Jaya, banyak perkara yang telah
saya pelajari. Yang paling penting buat saya ialah, bagaimana saya mula mengenali wanita-wanita dalam hidup saya kerana saya sejak dari sekolah rendah belum pernah bergaul secara langsung dengan seorang wanita pun dan saya amat peka terhadap larangan pergaulan antara lelaki dan wanita kerana saya bersekolah di sebuah sekolah menengah
agama lelaki berasrama penuh.Lantaran itu, saya tidak pernah punya hati untuk memberi cinta atau menerima cinta walaupun peluang itu hadir beberapa kali.

Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-sama terpilih untuk mengendalikan sebuah organisasi penting di tempat kami belajar.Ditakdirkan Allah s.w.t, dia menjadi pembantu saya. Dari situlah perkenalan kami bermula.

Dia seperti yang telah saya ceritakan,bertudung labuh dan sentiasa mengambil berat tentang auratnya terutama stokin kaki dan tangannya.Itulah perkara pertama yang membuatkan saya tertarik padanya. Dia amat berhati-hati dalam mengatur butir bicaranya, bersopan-..santun dalam mengatur langkahnya, wajah yang sentiasa berseri dengan iman dan
senyuman, dan tidak pernah ke mana-mana tanpa berteman. Suaranya amat sukar kedengaran dalam mesyuarat kerana
dia hanya bersuara ketika suaranya diperlukan dan tidak sebelum itu. Saya melihat dia sebagai seorang mukminah solehah yang amat menjaga peribadinya dan maruah dirinya. Saya tidak pernah bercakap-cakap dengannya kecuali dia punya teman di sisi dan atas urusan rasmi tanpa dipanjangkan-panjangkan.Saya seorang yang amat kuat bersembang
dan sentiasa punya modal untuk berbual-bual seperti kata teman saya,tetapi dengan dia saya menjadi amat pemalu dan amat menjaga. Bagi saya,itulah wajah sebenar seorang wanita solehah. Dia mampu mengingatkan orang lain dengan hanya menjadi dirinya, tanpa perlu berkata-kata walau sepatah.

Pada hari terakhir saya di sana, saya punya tugas terakhir yang perlu saya selesaikan sebelum saya melepaskan posisi saya dan semua itu melibatkan dia. Sebaik sahaja semua kerja yang terbengkalai itu siap, saya mengambil peluang untuk berbual-bual dengan dia. Saya bertanya perihal keluarga dan apa yang dia rasa bertugas di samping saya untuk waktu
yang amat sekejap itu. Alhamdulillah dia memberikan respon yang baik dan dari situlah saya mula mengenali 
dengan lebih dalam siapa

sebenarnya pembantu saya ini. Namun, apa yang memang boleh saya nampak dengan jelas, dia amat pemalu dan dia
amat kekok semasa bercakap dengan saya. Selepas itu barulah saya tahu,sayalah lelaki pertama yang pernah berbual-bual dengan dia bukan atas urusan rasmi sebegitu. Di situlah saya mula menyimpan perasaan, tapi tidak pernah saya zahirkan sehinggalah saya berada jauh beribu batu daripadanya.

Semasa saya berada di Jordan, saya menghubunginya kembali dan menyatakan hasrat saya secara halus agar dia tidak
terrkejut. Alhamdulillah, dia menerima dengan baik dan hubungan kami berjalan lancar selama empat bulan sebelum saya balik bercuti ke Malaysia. Kadang-kadang saya terlalai dalam menjaga hubungan kami dan dialah yang mengingatkan.Dialah yang meminta agar kami mengehadkan mesej-mesej kami agar tidak terlalu kerap. Semua itu menguatkan hubungan kami dan bagi saya dialah teman hidup yang sempurna buat saya.

Walau bagaimanapun, sewaktu saya pulang ke Malaysia bulan lepas, ummi dapat menghidu perhubungan kami. Saya tahu ummi tidak berapa suka anak-anaknya bercinta tetapi saya tidak pernah menjangka ummi akan menghalangnya. Tetapi perhitungan saya silap, amat silap. Buat pertama kali, adik perempuan saya memberitahu ummi sudah tahu perihal
saya dan ummi tidak suka. Saya tidak pernah menganggapnya sesuatu yang serius sehinggalah ummi bercakap secara
peribadi dengan saya pada satu hari. Saya masih ingat lagi kata-kata ummi yang buat saya tak mampu membalas walau sepatah.

“I haven’t found any entry in Islam that permit what you are doing right now. I haven’t heard from anyone that love before marriage is permitted. But I know there’s no relationship between male and female except for what is very important and
official between them. So, may I know what kind of relationship you are having now and I want to hear it from your mouth that it is legal in what you have been learning until now.”

“Not a single phrase, nor a word.”

 “My sweetheart, if you want to build a family, a faithful one, you can never build it on what Allah has stated as wrong and proven false by the way Rasulullah has taught us. A happy and blessed family come from Allah, and you don’t even have anything to defend it as blessed if the first step you make is by stepping into what He has prohibited. You can’t have a happy family if Allah doesn’t help you so, and you must know in every family that stands until their dying day, they have Allah on their side. You can’t expect Him to help you if you did the wrong step from the very beginning.”

Saya tiada kata untuk membalas kerana semuanya benar. Saya tahu kebenaran itu sudah lama dulu, tetapi saya tak mampu untuk melawan kehendak nafsu saya sendiri. Saya akui, saya tertipu dengan apa yang dipanggil fitrah,dan apa yang dipanggil sebagai keperluan manusia. Cinta tak pernah membawa kita ke mana, andai cinta itu bukan dalam lingkungan yang Allah redha. Tiada cinta yang Allah benarkan kecuali selepas tali perkahwinan mengikatnya. Itulah apa yang telah saya pelajari lama dahulu dan dari semua kitab Fiqh yang saya baca, tiada satu pun yang menghalalkannya...
Saya tahu kebenaran ini sudah lama dahulu, tetapi saya tidak kuat untuk menegakkannya. Saya tidak mampu untuk menundukkan kemahuan hati saya.Dan kata-kata ummi memberikan saya kekuatan untuk bangkit kembali dari
kesilapan saya selama ini.

Ummi berkata: 
“It’s not me who want you to make a decision like this, but Allah tells you so.”

Saya percaya, itulah yang terbaik buat saya dan dia. Dengan kekuatan itulah saya terangkan kepadanya, dan alhamdulillah dia faham. Amat faham.Walaupun air matanya seakan air sungai yang tidak berhenti mengalir,tetapi dia tahu itulah yang terbaik buatkami. Dia meminta maaf kepada ummi kerana menjalinkan hubungan yang tidak sah dengan saya, tetapi
ummi memberi isyarat, janganlah bimbang.Andai ada jodoh kamu berdua,insya-Allah, Dia akan temukan kamu dalam
keadaan yang jauh lebih baik dari sekarang.

Hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiada apa yang menggusarkan hati saya lagi. Hidup saya lebih suci dan saya boleh bercakap kembali tentang agama saya dengan lebih bebas tanpa dihantui oleh perasaan berdosa.Bagi saya, dan dia, inilah saat untuk kami muhasabah kembali diri kami dan kami betulkan kembali segala kesilapan yang telah kami buat. Inilah saat untuk kami kejar kembali cita-cita kami dan sediakan diri untuk menjadi seorang ibu dan ayah yang
berakhlak mulia dan berperibadi tinggi. Inilah masanya kami insafi kembali keterlanjuran kami dahulu dan memohon moga-moga Allah sudi maafkan kami.

Sesungguhnya Ya Allah, aku insan yang sangat lemah.Aku tidak mampu melawan godaan syaitan yang tidak pernah jemu, juga hambatan nafsu yang tidak pernah lesu. Ampunkanlah aku.

Walau bagaimanapun, perpisahan ini hanya untuk sementara. Saya telah berjanji dengan diri saya sendiri, dialah yang
akan jadi teman hidup saya nanti.Sesungguhnya pencarian saya untuk seorang calon isteri telah berakhir.Insan seperti dia hanya satu dalam seribu. Mana mungkin saya melepaskan apa yang amat berharga yang pernah hadir dalam hidup saya. Insya-Allah,sekiranya Allah s.w.t panjangkan umur,sebaik sahaja saya tamatkan pengajian saya di sini, saya akan kembali ke Malaysia dan melamarnya untuk menjadi permaisuri di hati saya.Insya-Allah, saya akan setia menunggu saat itu, dan saya akan berusaha sedaya-upaya saya untuk mengekalkan kesetiaan saya.

“Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan yang amat mulia sebagai teman dalam hidup kita,janganlah lepaskannya kerana kita tidak tahu bilakah pula kita akan bertemu dengan insan yang seumpamanya.”

Siapakah lagi dalam dunia ini yang menjaga adab berjalan antara lelaki dan perempuan sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Musa a.s dan puteri Nabi Syuaib a.s beribu-ribu tahun dahulu?

p/s : Renungkanlah diri kita.. apa yang kita jaga sebenarnya dalam hubungan kita dengan si dia.. bagaimana pula hubungan kita ngan Allah..semoga kisah ini dapat kita jadikan panduan..

wallahu'alam...


Friday, November 5, 2010

+ gIRLS nITE oUT +

Last night aku, pika , bulat and intan keluar pergi layan movie cerita TAKERS..best cerita tueh dari 5 bintang aku bagi 4 bintang coz' aku xsuke ending die..Ok kami keluar semalam pun untuk raikan Anis my housemate yang dapat sambung belajar and memandangkan die akan keluar dari umah kami so Kami pun meraikan la die..Kami p tengok movie kat JUSCO Bukit Tinggi...Jalan-jalan and makan-makan then balik..
Sila layan gambar di bawah..hehe..:D









Saturday, October 30, 2010

Saturday, October 23, 2010

+ Suck +

If you're talking behind my back, you're in a good position to KISS......................... MY ASS!!.
Sorry!! i  can't be pretending like there's no happened just now..did you think you were good enough to act like a hell??its hurt me ok!  i just need you to be polite to others and you will get more from it!!

Friday, October 22, 2010

+ Perihal Malas +

Baiklah pukul 8.30 pm nanti aku start belajar!
Sekarang aku sangat malas untuk memulai pembelajaran
Malas..Malas..Malas..Malas..Malas..

Thursday, October 21, 2010

+Sentiasa Sama +

Salam..
Baru la aku perasan untuk picture dalam blog nieyh..aku memakai shawl yang sama untuk certain post..why??why??..nak ditambah lagi header pic pon shawl yang berwarna coklat jugak..ha'ah la..xperasan pon sebelum niey..kebetulan kot..
kebetulan..kebetulan..suatu perkara yang tidak sengaja berlaku dalam keadaan yang tak terduga..

Sunday, October 17, 2010

+ The Moment of Momentous +

Semalam..kami pergi ke felda keratong 7, cos' attend for norin's wedding..Seronok memang seronok,cos' yang seronok nyer kami dapat keluar dari "lubuk tension"(SHAH ALAM)..yaAllah minggu lepas je kerja aku MAHA dasyat!from monday till friday..everything nak kene submit..ok fine!aku admit memang tue semua utk aku at last nye..tapi kalu dah sehari sampai 3-4 bende nak kene submit tak ke gila namanye tueh.. minggu baru nieyh Memang minggu stress kami sedunia..for those yang amik sys. info. eng. taw la macam mane heavy nye dis course..MasyaAllah..aku tempuh weekdays minggu baru ni dgn redha n tabah sambil berusaha buat yang terbaik untuk siapkan semua assignment plus project..for lecturer thank you so much(*sigh)!!..


APa-apa pun..
All praises to Allah..sebab segalanya berjalan dgn lancar, walaupun ade jugak drama yang berlaku..tapi kita kene SABAR..Sungguhpun manusia adalah makhluk ciptaan Allah yang paling istimewa tapi manusia itu sendiri tak pernah sempurna dan semestinya ada kelebihan dan kekurangan nya masing-masing..okes!!aku selalu out of topic..tak tibe-tibe aku teremosi..(T_T)  


Berbalik kepada kenyataannya yang kami sebenarnya dah bebas..uwaaaaaaa..sangat gembira!!!!..that why kami nekad utk pergi jugak ke norin punye perkahwinan..sebab niey jela peluang utk kami release tension setelah seminggu bergelumang dengan kerja yang MAHA DASYAT!..Seronok!yes!memang seronok!..kami bertolak pukul 7 pagi..pukul 9 lebih tueh kami stop kat RnR seremban..for breakfast, after that kami singgah pulak kat pekan Bahau beli Hadiah Norin..then terus gerak straight ke rumah norin xde stop mane2 dah..sampai umh norin around 12 jugak la..then gerak balik around 2..penat!!tapi seronok dapat tgk kawan kahwin..>o<..bestnye jadi norin.."dah kahwin ye ko norin"..


**Pose 1 with norin

**Pose 2 with norin n husband
Kami singgah kat Hulu Bendul for solat jamak itu kali pertama aku ke sane..agak menarik jugak tempat tueh..usai solat bagai..kami lepak dulu kat situ pekena cucuk-cucuk kat situ xde ape yang special pun, same je ngn cucuk kita kat sini..kat s'alam bersepah kot..yaAllah sekor-sekor makan cucuk macam makan nasi..coz' lapar gile weyhh...xpuas makan nasi kat umah kenduri td..ehehehe..after Hulu bendul kami gerak ke PD..sume stok gamble punye..mane taw jalan p PD..tp kalu dah lalu highway insyaAllah anda akan selamat jika anda terer bace signboard!kami stok bc signboard jek..agak-agak xsure singgah la mana2 tanye org kan..so kami semalam singgah Shell tny mamt kat shell tueh cammane nak ke PD..okes konon-konon nak kejar sunset kan..tapi xberape sempat la..tp At last kami sampai jugak ke PD..yepiiiii!!!pe lagi kan seronok la kan kami kat sane..yeayy!!lepak-lepak kat PD then aroun 9 kami gerak balik Shah ALam(Lubuk Tension)..;(...ok guys next time kite pergi lagi okes!
**Pose 1- Hulu Bendul makan-makan(Muka mintak penumbuk)

**Pose 2 - Nad Excited..

**Pose 3 - Happy!!

**Pose 4 - Syafiq cube Tahap Ketahanan diri

**Pose 5 - Kami dah xboleh behave sebehavenye

**Pose 6 - Mode Perasan

**Pose 7 - Mode Perasan II






Sunday, October 10, 2010

+ TerFikir +

Saya nak dia sentiasa Tunggu saya dan  bersabar!
Nanti insyaAllah..Allah akan buka jalan..
Amin..




Saturday, October 9, 2010

+ Terlambat +

Semalam sepatutnya aku kene pergi seminar..
Pergi memang Pergi..
Eyhh..mane buleh tak pergi kan..
Nanti kene "Sound" dengan Puan Ariza..Mahu bernanah telinga..
Tak pasal-pasal aku kene jumpa specialist telinga lagi..
ngeh..ngeh..ngeh..;D(Tueh cerita lama..sekarang Alhamdulillah Fully recovered!;D)
*
*
*
*
*
Baiklah berbalik kepada cerita seminar td..
Pergi memang aku pergi kan..
Tapi stok pergi lambat gile lah..
Orang start seminar haku ngan si rakan sekarip ku..
si pika, si intan masih di atas katil melayan jiwa dengan tidur yang sedap..
ngeh..ngeh..ngeh;D
si nad pulak dah memang kat seminar..dia pergi awal coz' bertolak dari umah makcik dia.

okes..
Bila dah terbangun dari tidur tueh memang sekor-sekor wat muke xkisah..
memang nak pergi kan..tapi lambat sikitlah..
janji attendance haku ber"Sign",,ngeh..ngeh..;D
*
*
*
*
Sesampai je kat seminar konon-konon sempat la layan ceramah ke apakan..
dah "Sign" attendance konon nak duduk..
Lorgghh..rupe-rupe nya dah sesi minum pagi.
kiranya kami nieyh pergi langkah kanan la..
xsempat apa-apa dah buleh terus makan..
Bagus!!Heaven!
pe lagi kami pun makan la kan..
seronoknye la kalau semua seminar kita dapat makan dulu konyang-konyang then baru layan talk ke apakan..
okes
bebudak lain dah habis minum pagi dorang pun balik tak tggu yang sesi kedua..
kami xsampai hati nak wat begituh kok..
xkan nak pergi makan je kan..
kurang-kurang pun tunggulah makan tengahari..
;D
Kami pun tunggu seminar tueh sampai ke tengahari..
tak rugi dengar talk dari mr.. apa tah xingat nama dia..
sangat penuh dengan kesedaran dan pengisian..
Beliau bercakap tentang Green Computing
uhh..
Computing pun dah jadi antara peyumbang utama pemanasan global..
Fikir-Fikirkan lah..

*******

**muka bangun tidur gembira dapat makan..Pose 1

**Pose 2

**Pose 3..Pakai baju kurung dengan beg dukung(kura-kura)..comelkan?!macam time sekolah-sekolah dulu..
laptop-laptop..kalau lah boleh mintak upah bawak kamu kesana kemari memang dah lama aku kaya..;D

**Pose 4




+ PaNas +

Alhamdulillah
Yes!!
Yes!!
Yes!!
Malam nie makanya dapat menikmati tidur dengan gembira dan tenang..
Tiada lagi gigitan nyamuk yang menggulai kaki ku bagai menikmati kenduri..
Tiada lagi "gelempasan" dalam tidur ku..
Tiada lagi peluh-peluh kepanasan membasahi tidur ku..
makanya sudah tiada lagi ketidakselesaan dalam tidurku..
Kerna aku sudah memiliki kipas bagi pendamai tidur ku..
ngeh..ngeh..ngeh..ngeh..

**Semangat dan gembira dapat kipas baru..ngeh..ngeh..ngeh;D


** Kipas yang dibeli RM 85.00..SIGH!!**
habis duit belanje untuk 1 mggu lebih nieyh..;(

Akhirnya aku dah beli kipas!
yes!yes!yes!
aku boleh berguling dgn gembira sekali..;D
Babai kipas yang rosak..
Terima kasih sebab rosak di akhir semester masa aku ketidaan duit..Sigh!!!
Habis duit aku...


Friday, October 8, 2010

+ RinDu +


Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan berasa rindu, namun jangan pula rindu berlebihan.
Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit menyebabkan kelemahan hati.
Kita sebenarnya berperang dengan perasaan. Namun, seorang Muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini.





Ibnu Qayyim memberikan terapi mujarab mengenai masalah rindu.
Sebelum itu beliau memberikan sebab mengapa rasa rindu berlebihan terjadi. Antaranya: Hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya membiarkan mata meliar. Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kepada kesedihan dan keresahan.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Pandangan mata itu satu daripada sekian banyak anak panah iblis."
Setiap penyakit ada ubatnya. Ubat yang terbaik adalah meneguk daripada pengajaran Al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud:
"Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yang terpilih." (Surah Yusuf, ayat ke-24)
Berikut adalah beberapa tips yang ingin dikongsikan bersama :
Ikhlas kepada Allah.
Ikhlas adalah ubat penyakit rindu. Ikhlas kepada Allah bermakna selalu berusaha berada di pintu ibadah dan memohon kesembuhan daripada Allah. Jika kita ikhlas kepada Allah, Allah akan menolong kita daripada penyakit kerinduan melalui cara tidak pernah terdetik di hati.
Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan:
"Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya.
Doa mengundang sikap, rasa fakir dan rendah diri di hadapan Allah.
Oleh itu doa adalah salah satu bentuk ibadah yang agung. Ketika kita berada dalam kesempitan, kita bersungguh-sungguh dalam berdoa, berasakan Allah amat dekat mendengarkan rayuan.
Mengurus mata dan pandangan.
Pandangan yang berulang-ulang adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang dengan sepintas lalu jarang berasakan hati terusik dan jatuh.
Ibnu Qayyim menyatakan:
"Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya."
Bernikah dan membina rumah tangga adalah langkah paling baik.
Inilah ubat rindu paling baik. Tidak semestinya bernikah dengan orang yang kita kagumi. Meskipun pernikahan itu dilangsungkan tidak dengan orang dicintai dan diidamkan.
sumber:www.iluvislam.com