Wednesday, July 6, 2011

+ T r a i n i n g +

Assalammualaikum....
Hi!!...
Fuhh..Skg sangat Rajin nak update Blog..Padahal Baju-baju kuasa dua menanti untuk di basuh nun dalam baldi..siapa rajin???sila basuh kan untuk haku di sini.. :)


Berbalik kepada cerita asal, Skg aku tgh Training for Software Testing..Harap2 ade lah rezeki untuk jadi Software Tester, my Trainner cool  giler weyhh, Boleh Tahan Kelakar die, Beliau kata beliau terel menari,hoho aku stok nak tengok die menari kalau dah macam Salman Khan mau menangis aku dalam kelas kan, Nun dari INDIA datang nye trainner aku tuh, kalau dah dari sana makanye die punye accent india tuh ade lagik, bila speaking org speaking then die punye india accent  tuh dicampurkan dan di sebati kan bersama english tadi makanya terhasil la "Engidia" hahaha! so aku yang mendengar nie sangat la mencabar nak mentraslate dah la english aku pon terbalik2 , so  x ke ko pon rasa macam nak tergolek plus mesti ko rasa ko nak tumbuk diri ko sendiri dok memaham kan ..Thanks anyway to my traineer kalu xde die xde la ilmu yang cool ni! :P

Aku struggle giler dalam kelas dok tangkap die punyer butir2 words, aku sangat Bagus dan sangat2 sudah insaf  for this trainning sebabnye aku sangat rajin dan tekun berusaha (** ayat mintak penampar satu)..Kata nak jadi SOFTWARE TESTER, Btw, This Program under HP..So dorang mahu melahirkan Software Tester yang beribawa, Maha wujud la Program ini, Maka Aku dengan hati terbuka menyertai Training nie utk menambah'n lagi value as a fresh grad, kata nak kerja so kene rerajin la sikitkan..:P

Dalam trainning kami di ajar segala jenis tools yang di gunakan utk menge'test' software to ensure the software's function very the very well and no bugs juga utk memastikan the software meets the user requirement, kalau nak tau lebih sila masuk ke bidang IT yang seronok ini(** seronok ke..).:P

..Now, routine dah x macam time study dulu, dulu sangat flexible, actually training pun "men-study-kan" diri..tapi die punya masa same as working hours, masuk 9.00am - 5.00pm..:)

Kat bawah nie pics mencapap sepanjang Training nie..;)






Baiklah, next time aku rajin, aku nulis lagik disini kok..:)
Bye!

Monday, June 27, 2011

+ Malas +

Salam..
Bila duduk rumah sangat la malas untuk keluar dan sebagai nya.. Aku duduk felda Tersang n Kalau aku keluar pun nak buat apa je kan..ape ade wey?
Dalam aku lepak2 kat rumah tueh aku mengharap la ade orang mengajak aku main netball ke ape ke..tapi Hqaram..hehe..:D



Malam ni aku kene kemas baju sepatutnye nak balik shah alam..tapi Sumpah!!Malas weii..ya Allah Malasnye la aku nie!Hodoh perangai..aku dah penat dah berpindah randah nie..adoi..:D


Malas lah nak Balik..Malas..Aku xpuas lagik lepak kat umah.sunguh pun bosan tapi aku malas nak balik Shah alam..sebab macam2 mana pun rumah la tempat yang paling seronok dalam dunia nie..mana2 ko pergi ko tetap nak umah ko jugakkan...hehe..:D


Okey..
Till thenn...Bye:D

Tuesday, May 31, 2011

+ Kisah Hati +

YaAllah...
Aku sedih yang teramat-amat sangat ketika ini, Tuhan saja yang tau perasaan aku..Allah..Allah..
Kenapalah aku tak berpeluang macam orang lain, kenapa???kenapa mudah bagi mereka tetapi tidak bagi aku..
Kenapa mudah perjalanan Mereka tetapi tidak untuk aku...kenapa?
Adakah Aku tak berhak??Apa lah dosa yang telah aku lakukan sampai aku xberpeluang dan sentiasa menghadapi keadaan begini..Aku sentiasa berdepan keadaan begini dan aku jua lah yang sendirinya memujuk diri..
Pahitnya untuk aku telan semua ini..Tapi apa kan daya semuanya di luar kemampuan aku..Aku redha, tapi aku tidak nafikan aku juga manusia biasa yang kalanya pasti tidak bisa membendung rasa kecewa dan kesedihan yang ada di dalam hati ini...Allah jua lah yang lebih mengetahui apa yang sedang aku lalui..
Kenapa aku tidak semudah orang lain..kenapa?Kenapa sukar untuk aku..kenapa?Kenapa?
YaAllah andai ini Takdir yang telah kau takdirkan untuk aku..Aku redha, dan pastinya aku yakin Kau Pasti menjanjikan sesuatu yang lebih manis buat aku...aminnnnnnnnnnn....

Aku nampak gembira tapi Dalam Hati ini Hanya Allah yang Maha Mengetahui..;(

Sunday, May 15, 2011

+ Bachelor Selamat Tinggal +

Salam..
pheww...sekarang tgh tggu result untuk Final Year Project..Cuak sangat2..harap2 sangat segala usaha aku selama nie membuahkan hasil dan menjadi  buah tangan aku sebagai bekalan aku sepanjang tempoh ini...

Gembira..ofcoz!!semua orang gembira nak meninggalkan hidup yang hectic selama tempoh bachelor nieyh..nak give up pon ade kan..tapi aku jadi kuat semuanya kerana kita sebagai manusia semestinya mempunyai harapan dan cita-cita...phewww..cakap nak beriya..haha..:D

Selamat tinggal Bachelor...




gambar2 nie di ambil dalam tampoh degree...

Thursday, April 14, 2011

+ Jiwa Melayang +

Terbaikkk!!!
syok tengah melayan lagu ziana zain..ok entri kali ni bosan gila, haha..tiba-tiba teringat ziana zain, terus layan u-tube bukak video2 klip die then nyanyi dengan felling nye..btw mmg aku minat dekat si mama hot nie,..Pilihan antara siti nurhaliza and ziana zain aku prefer ziana lagi..

Aku pernah terserempak dgn ziana zain kat giant shah alam, tapi apakan daya, mmg xde rezeki nak sapa die sebab die tgh on the phone time tueh, mmg putih mata aku..huhu..

ok bosan..terima kasih!!

Thursday, April 7, 2011

+ Gubahan ku +

Jiwang gila aku sekarang nie, aku suka lagu nie..bestt..

Ku tuliskan lagu ini
Ku persembahkan padamu
Walau pun tiada indah
Syair lagu yang ku gubah
Ku ingatkan kepadamu
Akan janjimu padaku
Hanyalah satu pintaku
Jangan kau lupakan daku
Walau apa yang terjadi
Tabahkan hatimu selalu
Jangan sampai kau tergoda
Mulut manis yang berbisa
Setahun kita berpisah
Serindu terasa sudah
Duhai Kasih pujaanku
Cintaku hanya padamu

Tuesday, March 15, 2011

+ Berbagai +

Assalammualaikum..

Aku teringat tadi pika berkata pada aku.."bada ko dah lama bercinta, tueh la bercinta lagi awal-awal"..yee aku tau tue, dan aku lebih dari tau bahawasanya lagi ramai manusia di luar sana yang menyulam cinta lebih jauh lama dari aku..tapi mereka semua tidak seperti aku, mereka lain, mudah bagi mereka untuk menjadikan percintaan mereka berjalan seperti yang dirancang dan tidak bagi aku, ianya sukar..kebanyakan mereka berfikiran lepas sahaja habis belajar adalah baik untuk mengikat percintaan mereka  dengan ikatan yang sah, yaa..memang ia adalah suatu pilihan yang bijak, tetapi bagaimana dengan empunya badan yang mana bagi aku mereka sendiri yang bakal melalui segala nya selepas membuat pilihan.

Jika aku di beri pilihan, semestinya aku memilih untuk berkahwin, yaaa..kerana aku adalah "family oriented", sejujurnya aku tidak sabar untuk berkahwin dan menjalani kehidupan sebagai seorang isteri kepada insan yang aku cintai,tapi..tapi..tapi..itu barangkali menjadi angan-angan aku yang bakal di bawa angin lalu yang mana adalah sukar bagi aku untuk melunas kan impian aku itu, kerana semestinya selain dari mengimpikan menjadi seorang isteri di mata suami, aku juga kepinggin untuk menikmati hidup bujang yang ber'title'n wanita berkerjaya..pelbagai perkara yang bermain di benak fikiran ku..aku juga merupakan seorang anak, anak kepada kedua ibu bapa ku yang banyak berjasa terhadap ku, sedangkan pasir di lautan tidak dapat menukarkan kudrat mereka yang telah mereka curahkan untuk memastikan kami hidup seperti orang lain, aku sedar, aku bukan dari keluarga senang, aku pernah merasa kesempitan hidup..mereka pernah?mereka xpernah..tapi aku, aku pernah merasa semua kepahitan tu..jadi seboleh-boleh nya aku mahu membalas jasa kedua ibu bapa ku..insyaAllah.

Aku kepinggin menjadi wanita beruniform seperti polis, yaa..itu impian aku..dan memandangkan sekarang aku undergraduate for information system engineering, semestinya aku mahu scroll/certificate yang bakal aku miliki nanti menjadi buah tanganku apabila aku melangkah ke alam pekerjaan, dan bagaimana dengan polis???Polis jika Allah beri kesempatan dan buka jalan bagi aku untuk ke arah itu, aku akan teruskan impian aku, dan insyaAllah dengan certificate yang aku ada, aku akan gunakan ia sebagai batu loncatan untuk aku menjadi "pegawai sistem maklumat" di bawah jabatan PDRM..insyaAllah..banyak yang aku nak lakukan jika aku berjaya menjawat unit beruniform itu, aku mahu bersukan semula, aku cintakan netball..yaa itu cinta aku, tapi dalam tempoh aku berlajar di universiti ianya seperti tiada kesempatan bagi aku untuk ke arah itu, dan mungkin ruang aku bukan di sini(universiti)..mungkin di unit ini, siapa tahu?barangkali....aminnn....

Banyak yang aku ingin kerjakan sebelum aku berkahwin..terlalu banyak, dan aku tidak menolak sekiranya jodoh datang dahulu..tetapi sebaik mungkin aku akan cuba menjadikan impian aku suatu kenyataan sekiranya aku berkesempatan..betul kata pika..aku bercinta dah terlalu lama, maka ia nya seperti memberitahu aku bahawasanya aku perlu mengakhirkan segala yang telah aku mula kan dengan jayanya..dan aku terfikir jika aku tak  bercinta sekarang pasti mudah bagi aku untuk melaksanakan impian aku..tapi ini semua Allah punya kerja, Dia Maha mengetahui segala, jodoh, pertemuan, ajal dan maut segalanya Dia yang tentukan..sekiranya ini jalan dan irama hidup aku, aku terima..dan sebolehnya aku akan pastikan perkahwinan bukan penghalang bagi aku untuk melunaskan segala impian aku selama ini.....