Monday, January 30, 2012

+ Sewel sebab mengantuk +

Di suatu tengahari yang damai aku dan seorang rakan aku bernama pika telah pergi ke bangi, tujuan pemergian adalah kerana si pika mahu mengambil hartanya di situ, maka nya aku yang bergelar seeorang sahabat yang baik dan seeorang yang menyanyangi sahabatnya itu menemani la sahabatnya yang memerlukan teman di kala tengahari yang penuh syaitoooonnn bergayut di bibir mata. kau tak mengantuk ke tengahari buta? aku ngantok. serius! seorang sahabat yang baik ialah bersama-sama dengan sahabat nye ketika sahabat nya memerlukan teman, tidak kira bagaimana keadaan sekali pun tapi aku paling suka bila sahabat aku ajak aku menemani beliau makan, paling kureng pun dapat aku menyamah sekunyah dua..Terima kasih sahabat!


Ketika dalam pejalanan pulang, aku sangat mengantuk sepertinya seratus ribu syaitoon bergayut di mata menyuruh tidur, "Weii syaitan! aku nak teman sahabat aku drive la wei, kau pergi main jauh2, siot je!"..itu adalah ayat dalam hati aku..Baikkan aku sebagai sahabat, sanggup berkorban apa sahaja demi sahabat..tetapi kala aku berusaha melawan syaitoonnnn-syaitooonnn yang penuh bergayut di mata sambil tersenggok-senggok melawan mengantok yang super syaitoon tuh! ceyt! aku seperti mendengar ketawa-ketawa kecil di alam yang nyata, mmg nyata! aku telah di tertawakan oleh sahabat aku yang ketika itu juga sedang strugle melawan syaitoon di matanya. Kami sama-sama berusaha melawan mengantok. Ketika itu aku sudah kembali ke alam nyata. nice!

Setiba  sahaja di rumah sewa, aku dan sahabat berlari-lari anak menuju ke katil, untuk menyelesaikan niat yang dari tadi terbantut-bantut. ceyt! Rasa sangat selesa apabila dapat melepaskan kepenatan di katil selepas berlawan dengan syaitoon ketika dalam perjalanan pulang, maka nya misi pun bermula..aku kembali di buai mimpi tiba-tiba ketika sedang enak di buai-buai aku sepertinya terganggu oleh suatu yang sepertinya mencucuk2 telinga aku..wahai bunyi terima kasih! makin lama makin kuat.kuat dan kuat sehingga la aku tersedar, tapi tahap ketersedaraan aku itu tidak mampu untuk membantu aku membuka kelopak mata, tahap keterupayaan adalah hanya sedikit sahaja mata di buka. kau penah rasa macam tuh? nyata syaitooonn memang suka mata aku hari tuh.eh? pada ketika itu otak aku menyatakan bunyi itu adalah bunyi alarm kereta sahabat ku, makanya dengan azam yang tinggi mahu menyambung tidur aku pun dengan yakin merangkak ke arah meja di sebelah katil mengambil kunci kereta sahabat ku(aku hanya mampu merangkak sahaja ketika itu) lalu aku memberi kunci itu kpd sahabat ku, dan sahabat ku dengan yakin nye dalam keadaan separa sedar menekan button hijau di kuncinya..Lalu kami sambung tidur walaupun alarm itu maseh berbunyi. Thanks kereta!

yang pelik nye aku yakin jek alarm kereta tueh milik kereta sahabat ku, sahabat ku pula mengiya kan sahaja perkara itu ketika kami berdua di kala separa sedar. Bila dah terbangun dari tidur mula lah kami berdua gelak ala2 puntianak yang tak berapa nak sundal malam. sumpah kelakar keadaan tueh, gaya kami desprate tidur macam dah 10 hari tak tidur sabau je lah. sampai skg memikior kete sape la sebenarnye yang berbunyi tuh, kerana kami menyewa di rumah flat makanya banyak la kereta di petak parkir.:P

 

2 comments:

suk said...

so kesimpulannya ko kuat tido?

Norba'adawiyah said...

tak..aku xdela kuat tido tapi kalau tido mmg syaitan la aku.hah!